fbpx

Kadang-kadang kita ni selalu sangat dengar cakap orang daripada nak cari info ataupun cari orang yang betul-betul lebih afdal tentang apa-apa satu maklumat yang sahih. Anda mesti salah seorang dari golongan macam ni kan? Yelah, benda nak senang jer kan?

Lepas jer pengumuman Belanjawan 2021 6 November haritu, perbincangan tentang Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ni dah mula kecoh terutamanya kat media sosial lah. Bertubi-tubi soalan dan fakta salah yang anda gembar gemburkan. Sampaikan menimbulkan rasa panik kat orang. Tambah-tambah pada yang tak begitu ‘mesra alam’ sangat dengan media sosial ni.

Memang pengumuman Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ni satu berita gembira buat semua, tak kiralah sama ada anda berpendapatan rendah atau sederhana dan jugak dalam perniagaan. Bantuan ini disediakan untuk semua yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bukan hanya untuk golongan B40 dan perusahaan mikro jer tau.

Selepas moratorium selama enam bulan berakhir, Bank Negara Malaysia (BNM) faham dan sedar tentang kesukaran yang anda terpakasa alami ni. Ye lah mana nak bayar hutang itu ini, nak nak pulak yang hilang kerja, lagilah terasa beban tu. Sadis kan? Sabar okay, ada jalannya.

Sebab itulah institusi perbankan akan terus membantu anda yang sedang hadapi cabaran sekarang ni dengan melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar. Alhamdulilah…tapi tulah, bila dah bagi, eh lain pulak cerita yang sampai. Aduh!

BNM Bantu Anda!

Rupanya banyak salah faham tentang Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ni. Menerusi posting di laman Facebook Bank Negara Malaysia Central Bank of Malaysia (Official), memang banyak sangat tanggapan salah tentang bantuan itu. Amboi nak jadi team ‘Makcik Bawang dok sebar benda salah ni?

Kalau anda nak tahu, setakat ini, BNM dah pun menerima 650,000 permohonan dan telah pun meluluskan bantuan pembayaran untuk 98% daripadanya! Haa, ada 40% peminjam untuk perlanjutan moratium dan 60% memilih untuk mengurangkan ansuran.

Untuk anda yang ada masalah, jangan risau! Bergantung pada keadaan anda, boleh jer anda nak mohon agar bayaran balik ansuran bulanan dikurangkan atau moratorium dilanjutkan. Pada anda yang tak perlukan bantuan ni buat masa sekarang, boleh memohon bantuan bayaran balik pinjaman sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2021 kalau keadaan kewangan anda berubah pada masa hadapan. Mana lah tahu kan tetiba kedepan ni anda alami kesukaran, boleh jer nak mohon semula okay?

Lagi pun, sekarang bank akan mengambil kira bukan hanya pendapatan peminjam untuk mengurangkan bayaran ansuran mereka, tetapi juga pendapatan pasangan masing-masing yang turut terjejas akibat pandemik. Pendapatan isi rumah ini termasuklah dari segi pengurangan hasil berniaga pasangan ataupun pendapatan disebabkan tiada kerja lebih masa (OT).

Ini Salah Faham Yang Anda Patut Buang

Okay panjang pulak explain kat atas tu. Dengan harapan anda faham lah yer. Okay now kita tengok pulak tanggapan salah yang anda dok cakap-cakapkan pasal bantuan ini. Suka nau gembar-gemburkan berita yang salah. Jadi meh sini kami terangkan pada anda okay. Baca dan fahamkan satu persatu info di bawah!

1. “Tanpa moratorium menyeluruh, anda sukar mendapat bantuan”

Sebenarnya: Peralihan daripada moratorium automatik kepada bersasar ni tak bermakna bantuan ditarik balik, tapi, bantuan tetap diberikan kepada anda yang memerlukan.

Kini anda ada pilihan untuk selesaikan bayaran balik pinjaman kewangan anda tu. Pastikan bersesuaian dengan keperluan anda lah yer.

2. “Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar hanya untuk B40”

Sebenarnya: Bantuan terus disediakan kepada semua golongan peminjam yang terjejas akibat pandemik tidak kira golongan berpendapatan rendah, tinggi atau perniagaan. Bukan hanya untuk B40 sahaja okay.

3. “Bank minta terlalu banyak dokumen”

Sebenarnya: Terdapat beberapa golongan tidak perlu memberikan dokumen seperti B40, penerima BSH atau BPR, perusahaan mikro. Memandai jer anda cakap bank mintak dokumen banyak. Lain kami tanya terus pada orang yang lebih tahu okay. Bukan bercakap dengan jiran sebelah jer.

4. “Proses permohonan terlalu lama”

Sebenarnya: Tempoh proses permohonan bergantung pada situasi. Contohnya macam penerima BSH dan perusahaan mikro hanya ambil masa dalam 24 jam sahaja manakala penerima BPN dalam masa 5 hari dan PKS pula 14 hari. Begitu. Tak adalah lama mana gais.

5. “Saya tidak dapat memohon kerana PKPD dan PKPB”

Sebenarnya: Bank masih beroperasi seperti biasa, anda juga boleh memohon melalui beberapa saluran seperti telefon, e-mel atau dalam talian. Jangan jadikan PKPD dan PKPB tu alasan okay.

6. “Bantuan masih tidak cukup untuk menampung hutang”

Sebenarnya: Anda boleh berbincang dengan bank untuk bantuan lain seperti moratorium, kurangkan kadar ansuran dan lanjutkan tempoh pinjaman dan tukar kepada kemudahan lain misalnya kad kredit kepada pinjaman bertempoh. Bincang dulu dengan pegawai bank. Jangan jump into conclusion.

7. “Tiada kos tambahan untuk bantuan bayaran balik pinjaman bersasar”

Sebenarnya: Faedah akan terus dikenakan atas jumlah ansuran. Jadi pertimbangkan pilihan anda dengan teliti atau sambung ansuran pinjaman jika anda mampu.

8. “Rekod CCRIS saya akan terjejas”

Sebenarnya: Semua permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS. Jangan risau!

Okay settle! Semua 8 benda penting yang kami kongsi ni dah dapat penerangan yang betul kan? jadi, jangan dok ‘membawang’ cerita lain pulak kat jiran-jiran tu. Anda ikut step kat bawah ni. Ada 3 benda penting yang anda kena buat.

Hanya tiga langkah yang perlu anda lakukan iaitu
1. Hubungi bank anda dahulu.
2. Hubungi AKPK di 03-2616 7766 untuk mendapatkan nasihat atau pilihan bantuan bayaran balik alternatif.
3. Hubungi BNMTELELINK melalui talian 1-300-88-5465 atau bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan sekiranya ada sebarang masalah atau tidak dilayan. Anda boleh isi borang di link sama.

Maklumat lanjut anda boleh klik LINK INI.

Jadi bagi anda yang betul-betul memerlukan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ini, bolehlah membuat permohonan segera. Good luck! Semoga bermanfaat!