fbpx

Hikmah Penceraian: Maizawati Dilantik Sebagai Duta Yayasan Nur Hikmah

Belum pun selesai kes penceraian Maizawati-Akhil Hayy, rezeki nampaknya mula mencurah ke pihak perempuan.

Baru-baru ini Maizawati di’lantik sebagai duta kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH) yang pada dasarnya menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek termasuk pengasuhan anak-anak di rumah.

Maizawati berkata pembabitan beliau dalam yayasan ini adalah untuk berkongsi pengalaman beliau menjaga anak-anak apabila di’tinggalkan suami berbulan-bulan lamanya.

Beliau juga menegaskan yang pembabitan beliau akhir-akhir ini dengan media bukan untuk mencari glamor, tetapi hanya mempertahankan hak sebagai isteri dan hanya minta dilepaskan.

Siapa-siapa yang rasa susah jadi ibu tunggal, bolehlah minta nasihat dari Maizawati selepas ini. Heh! Kredit berita & gambar untuk Murai.com.my.