fbpx

Hijrah: Giliran Sharifah Sofia Bertudung

Hijrah: Giliran Sharifah Sofia BertudungRamadhan yang kita semua rindui akan tiba tidak lama lagi & selepas habisnya demam bolasepak di Eropah, ada baiknya kita mula tumpu untuk meraikan bulan mulia ini. Cewah.

Bukan trend, tetapi ramai selebriti wanita Malaysia memilih untuk bertudung sebagai salah satu tuntutan agama dan terkini giliran Sharifah Sofia menyahut tuntutan tersebut.

Semalam menerusi akaun Twitter beliau, Sharifah Sofia menulis “Here’s to a new chapter… Bismillah!” beserta gambar terbaru beliau yang tampak manis mengenakan hijab.

Kalau di’perhatikan status terkini beliau di laman sosial Twitter & Facebook, memang ada terselit unsur unsur keagamaan sejak kebelakangan ini dan beliau pun khabarnya sudah memadam gambar gambar lama beliau tanpa tudung. Tahniah Sharifah Sofia atas penghijrahan ini.