fbpx

Hidup Lebih Bergaya, Lebih Memukau Dengan HUAWEI nova 9 & WATCH GT 3

Kali ini HUAWEI dengan idea kesempurnaan dan inovasi yang berterusan mencipta konsep “1+8+N” dan Strategi Kehidupan AI Seamless bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat melalui kesalinghubungan antara peranti pintar yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Ha! Kalau korang nak tahu, baru-baru ini HUAWEI telah pun melancarkan dua peranti pintar yang membuatkan kehidupan korang lebih bergaya dan lebih memukau dengan HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT3.

Nak tahu apa yang menariknya mengenai dua peranti ini, let’s check it out now!

Lebih Menyerlah Dengan HUAWEI nova 9

1. Rekaan Lebih Elegan

Apa yang kami boleh katakan, sangat rugi kalau korang abaikan HUAWEI nova 9 ni dalam kehidupan seharian korang.

Reka bentuk kaca melengkung di bahagian hadapan dan belakang telefon pintar memberikan pegangan padu dan selesa apabila berada di tapak tangan. Walaupun bahagian tepinya juga melengkung ia tidak memberi sebarang masalah untuk menekan butang fizikal pada sisi telefon.

Dengan ketebalan hanya 7.77mm dan berat 175g, nova 9 mudah disimpan dan dibawa ke mana saja. Hadir dengan dua warna memukau, Starry Blue dan hitam akan melengkapkan lagi OOTD korang.

2. Kamera Hadapan Lebih Awesome Dengan Penanda Aras

Bagi yang gemar merakam setiap gerak geri korang melalui vlog dan sering menghadiri meeting secara maya, HUAWEI nova 9 inilah jawapan untuk korang tingkatkan lagi gaya hidup korang.

HUAWEI nova 9 dilengkapi dengan kamera hadapan revolusi 32MP yang luar biasa dan mampu merakam video 4K UltraHD yang menjadikannya sempurna untuk penstriman langsung, vlogging atau mengambil swafoto.

Kalau sebelum ini, korang asyik nai angin bila rakam objek yang bergerak dan hasilnya mengecewakan. Tapi kali ini dengan HUAWEI nova 9 korang dah tak perlu risau lagi. Korang gunanya Penstabilan Video Selfie AIS yang secara drastik dapat mengurangkan gegeran setanding kamera profesional.

Lagi menarik, HUAWEI nova 9 turut dilengkapi dengan ciri Mod Pandangan Dwi yang membolehkan korang merakam dengan kedua-dua kamera depan dan belakang utama secara serentak. Lepas ni tak ada lagi alasan untuk tertinggal momen penting.

3. Kamera Ultra Vision 50MP RYYB

Bagi memadankan kamera hadapan UltraHD 32MP 4K revolusioner. Kamera utama di bahagian belakang HUAWEI nova 9, didatangkan dengan Sistem Kamera Penglihatan Ultra 50MP tercanggih yang memberikan pengalaman menggunakan kamera telefon pintar setanding kamera profesional.

Jangan tak tahu, kamera utamanya turut dilengkapi dengan susunan penapis warna RYYB bersama kepekaan cahaya yang tinggi. Ini sekaligus yang membolehkan kamera telefon mengumpul sehingga 40% lebih cahaya bagi memberikan kejelasan imej rakaman yang lebih baik.

HUAWEI nova 9 turut menggunakan teknologi XD Fusion Engine dan teknologi Ultra Vision HDR yang hanya boleh didapati di peranti flagship HUAWEI, ia memberikan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

Bukan itu sahaja, kamera utama HUAWEI nova 9 turut menyokong kualiti video 4K pada 30fps yang membolehkan korang merakam momen indah bukan hanya dalam bentuk gambar malah melalui video dan vlog.

4. Nikmati Dunia Dengan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI

Bagi yang gemar menggunakan media sosial lain seperti Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan Twitter. Korang boleh cari aplikasi kegemaran korang di Petal Search yang hanya terdapat di HUAWEI AppGallery kemudian korang boleh terus download. Senang kan?

Kalau aplikasi Google pula korang boleh gunakan Gspace yang ada dalam HUAWEI AppGallery tu. Curlas kan!

Gspace mengumpulkan semua aplikasi Google yang korang perlukan seperti Gmail, Peta Google, Foto Google dan banyak lagi lah. Kalau rasa rimas tiba-tiba ada pop-up, langkau jer mesej tu untuk meneruskan akses ke aplikasi Google korang.

Nak banyak hiburan? Tak ada masalah, aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix semuanya tersedia melalui HUAWEI AppGallery atau Petal Search. Hanya perlu search dan muat turun jer.

Sambil-sambil tu korang muat turun lah permainan kegemaran korang Asphalt 8 Racing Game ke, ala permainan yang bertemakan aksi seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan Modern Combat Versus pun ada. Bukan tu jer, permainan berasaskan strategi seperti State of Survival dan banyak lagi genre permainanan yang menarik di HUAWEI AppGallery. Memang korang akan layan habis lah kali tu.

Jom Terokai WATCH GT 3 Yang Sebenar

1. WATCH GT 3, Bukan Sebarang Watch Tau!

Pernah tak korang terlepas panggilan penting sebab telefon korang berada dalam mod senyap dan diletakkan di dalam beg? Rilex! Dengan HUAWEI WATCH GT 3 korang takkan terlepas lagi panggilan dan teks penting kerana ia akan memaparkan panggilan masuk dan mesej melalui skrin jam tangan korang.

Bukan itu jer, HUAWEI WATCH GT 3 ni juga, mampu membuat panggilan telefon Bluetooth melalui arahan suara, yang memberikan korang kawalan sepenuhnya ke atas HUAWEI nova 9 melalui jam tangan.

HUAWEI WATCH GT 3 juga akan memberikan korang pengalaman meneroka teknologi, HUAWEI melalui inovasi dan penyelidikan berterusan telah meningkatkan ciri-ciri tersedia dalam jam tangannya untuk meningkatkan gaya hidup si pemakai.

Antara salah satu ciri yang menarik ialah, HUAWEI WATCH GT 3 yang dihubungkan bersama nova 9 boleh bertukar menjadi shooter ketika merakam gambar. Bayangkan korang mampu mengawal rakaman gambar melalui pergelangan tangan. Nice kan?

Kalau korang sejenis yang gemar mendengar lagu sambil bersenam tapi malas nak bawa telefon, HUAWEI GT 3 juga boleh memainkan playback lagu pada telefon pintar nova 9 korang terus ke jam. Jadi tak ada alasan lah untuk korang bebas menikmati muzik.

2. Melengkapkan Lagi Gaya OOTD

Bukan nak cakap lah, jam tangan ni salah satu aksesori yang paling penting. Selain dapat melihat waktu, tangan korang tu tak lah nampak kosong sangat.

Untuk korang yang inginkan jam yang mempunyai reka bentuk unik dan canggih WATCH GT 3 penyelamatnya. WATCH GT 3 ni direka dengan bentuk minimalis dengan mengekalkan semua ciri terbaik untuk melengkapkan fungsi jam tangan. Bukan itu saja, HUAWEI WATCH GT 3 hadir dalam dua varian – 46mm dan 42mm bagi memberikan pengguna pilihan untuk menyesuaikannya dengan gaya mereka.

HUAWEI WATCH GT 3 turut mempunyai pilihan tali yang menarik seperti fluoroelastomer hitam untuk WATCH GT 3 46mm dan 42mm, kulit coklat untuk WATCH GT 3 46mm dan kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm.

Tak payah nak beli jam tangan yang berbeza untuk rutin harian, dengan tali yang boleh ditukar ganti, korang boleh menikmati saat di gym atau menghadiri mesyuarat perniagaan hanya dengan satu jam tangan.

3. Bateri Tahan Lama

HUAWEI WATCH GT 3 ini turut dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari bagi HUAWEI Watch GT 3 42mm dan sehingga 14 hari untuk Watch GT 3 46mm. Korang juga boleh pakai jam ni ketika tidur untuk memantau tidur dan kadar Spo2 sepanjang hari tanpa perlu mengecas setiap hari.

Jam pintar ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar yang pantas dan pengecasan berbalik hanya dengan memadankannya di belakang telefon pintar HUAWEI tertentu. Ini pastinya lebih memudahkan pengguna sekiranya jam kehabisan bateri.

4. BFF Masa Bersenam

HUAWEI juga turut memperkenalkan HUAWEI WATCH GT 3 pelbagai ciri senaman profesional. Dengan lebih 100 mod senaman seperti berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal, dan juga lompat tali ia membantu korang menjejak aktiviti yang dilakukan dan dapat mengesan perubahan kadar degupan jantung yang meningkat secara drastik.

HUAWEI Watch GT 3 turut menyokong ciri kesihatan dan kecergasan yang diperibadikan, termasuk AI Running Coach dan Healthy Living Shamrock, yang berperanan umpama pembantu kesihatan dan kecergasan untuk pengguna kekal sihat dan aktif.

Nampaknya 2 peranti HUAWEI iaitu nova 9 dan WATCH GT 3 yang padat dengan ciri moden dan tercanggih merupakan pesaing terbaru peranti teknologi dipasaran. Padanan kedua-dua peranti ini pastinya membantu memberikan kelancaran kepada kehidupan korang.

Jangan lupa untuk layari pantauan HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 untuk info yang lebih banyak. Jangan lupa layari laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada untuk pengalaman langsung menggunakan peranti ini.