fbpx

Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Suami Atas Jalan

Perkongsian terbaru Allahyarham Abam iaitu Nur Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.

Menerus entri itu, Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

BACA: Tak Mahu Bermusuh Dengan Hidayah, Ali Puteh Sedia Untuk Bersemuka

@hidayah_hamzah

Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ???#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty

? Kenangan Terindah – SAMSONS

“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.