fbpx

Hidayah Gesa Ali Puteh Segera Bayar Saman Tanpa Sebarang Ansuran

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah tanpa kaedah ansuran.

Memetik Harian Metro, Hidayah berkata dia tidak setuju jika pihak adik iparnya itu mahu menjelaskan bayaran itu secara ansuran kerana tempoh diberikan agak lama.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata dia tidak menerima sebarang surat dari pihak sana mengatakan mahu membayar secara ansuran seperti yang diuar-uarkan kepada media.