Pelakon Mawar Rashid mendedahkan mempunyai masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk sejak tahun lalu ketika hamil anak kedua.

Mawar berkata disebabkan dia bercadang berjumpa pakar psikiatri untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapi.


BACA: Mawar Rashid Sedih Dituduh Hidup Ditanggung Suami

“Sebenarnya saya sudah beberapa kali diserang ‘anxiety’. Saya mula perasan mengalami gangguan ini ketika mengandungkan anak kedua, Raden Seri Rosabella Cinta.

“Pernah satu masa saya tiba-tiba menangis dan kemudian mula sesak nafas. Ingatkan masalah yang berlaku ini normal tapi beberapa kali insiden ini berlaku walaupun Cinta kini sudah berusia setahun,” katanya.

Kata Mawar lagi, dia mengakui jadual harian yang terlalu padat sehingga tiada masa menjadi antara faktor menyebabkan berlaku gangguan tersebut.


“Jadi sekarang ini saya memang akan pastikan ada masa untuk diri sendiri walau sibuk macam mana sekalipun,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar meluahkan rasa syukur suaminya, Raf Yaakob sentiasa memberikan kata-kata positif. Katanya, disebabkan masalah itu dia tiada selera makan dan banyak berdiam diri.

“Suami yang selalu tenangkan saya dan beri kata-kata positif. Raf selalu ingatkan saya untuk rajin membaca al-Quran dan berzikir. Katanya dua amalan ini adalah ubat terbaik untuk merawat masalah ini.

“Nasihat yang diberikan Raf itu sememangnya betul dan Alhamdulillah saya jadi lebih kuat sekarang dan dapat melawan penyakit ini perlahan-lahan,” katanya.