fbpx

Diuji dengan penyakit kanser limfoma tahap empat, penyanyi Ibnor Riza mendedahkan doktor meramal dia hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 62 tahun itu berkata dia tidak putus semangat untuk ikhtiar melawan pernyakit tersebut serta percaya bahawa ajal dan maut sudah ditetapkan Allah.

BACA: Dua Isteri Berebut Nak Jaga Ibnor Riza Ketika Sakit

“Kalau hendak difikirkan apa yang doktor cakap, saya ada hanya enam bulan untuk hidup, saya jadi sedih. Doktor berterus-terang selepas rawatan kemoterapi kesembilan, baru-baru ini, gagal.

“Jadi, maknanya saya hanya ada enam bulan untuk hidup. Tetapi saya tidak mahu pegang kata-kata itu. Saya percaya kepada Allah. Kanser ini, kita kena lawan.

“Lagipun, saya ada keluarga dan anak. Mereka perlukan saya. Dengan sokongan yang diberi, takkan saya hendak hampakan ramai orang. Saya kena kuat walaupun saya tidak sekuat mana pun sekarang ini,” katanya.

Baru-baru ini, program amal Malam Untukmu Ibnor dianjurkan Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) dan mengumpul dana berjumlah RM17,000 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Ibnor berkata dia nekad untuk rawatan kemoterapi ke-10 yang dijangka menelan kos kira-kira RM30,000. Ujarnya, jika rawatan itu gagal dia perlu menjalani transplant yang menelan belanja RM400,000.

“Saya perlukan dua sesi kemoterapi. Satu sesi sahaja membabitkan kos RM16,000. Jadi, semuanya kira-kira RM30,000 hingga RM32,000. 

“Namun, pada masa sama, saya kena cari rawatan alternatif. Itu pun atas ihsan ramai pihak yang sanggup tawarkan secara percuma.

“Ada pihak pertikai kenapa saya jalani rawatan di hospital swasta yang menelan belanja tinggi. Kalaulah anda tahu, saya sendiri lebih suka dirawat di hospital kerajaan. Namun, pesakit kanser sahaja faham bagaimana kanser ini (hendak dirawat),” katanya.

Terdahulu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah pada 19 Februari lalu.

Sebelum ini, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.