Dua Isteri Berebut Nak Jaga Ibnor Riza Ketika Sakit
Diuji dengan penyakit kanser limfoma tahap empat, penyanyi Ibnor Riza berkata banyak hikmah diperoleh semenjak diduga dengan sakit.
Memetik BH Online, Ibnor berkata sebelum ini dia tidak ambil tahu tentang hal kesihatan. Malah, dia terlalu sibuk mencari rezeki sehingga leka dengan tuntutan agama.
“Kini, saya banyak mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran dan qada solat. Saya sedang menghafal beberapa surah. Antaranya al-Mulk, al-Khafi dan surah lain. Sekurang-kurangnya, andai tutup menutup mata, ada bekalan dapat dibawa bersama,” katanya.
Menurut penyanyi berusia 62 tahun itu, dia bersyukur dengan ujian tersebut kerana dapat membawanya kembali ke jalan Allah serta memperbaiki ibadah.
“Mungkin Allah duga saya dengan penyakit untuk menjentik hati saya. Walaupun bersekolah agama, saya sering terleka.
“Jadi, masa yang ada digunakan untuk memperbaiki semula ibadah seperti menggantikan solat ditinggalkan dan menghafal beberapa surah penting,” katanya.
Sementara itu, Ibnor berkata hubungan kekeluargaannya lebih rapat selepas diuji dengan sakit malah bersyukur kedua-dua isterinya berebut mahu menjaganya.
“Mereka berdua terlalu baik, saya rasa tidak layak mendapat wanita sebaik mereka. Kedua-dua isteri saling berebut hendak menjaga saya. Isteri pertama sanggup berulang-alik dari Brunei demi menjaga saya.
“Hubungan kedua-dua isteri sangat baik dan mesra. Saya berkahwin dengan isteri kedua, Sarimah Sulaiman kira-kira 14 tahun lalu. Mereka langsung tidak pernah bermasam muka,” katanya.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu sudah pasti mengharapkan agar Allah memberikan peluang untuknya sembuh.
“Saya sentiasa berdoa agar diberi peluang kembali sihat dan seterusnya, dapat bekerja semula untuk menyara keluarga.
“Ketika disahkan sakit, macam-macam pula urusan datang serentak. Kami berpindah ke rumah baharu dan anak pula naik sekolah. Dengan tidak boleh bekerja, sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan,” katanya.
Terdahulu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah pada 19 Februari lalu.
Sebelum ini, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.
- SUMBER
- bh Online
Sekarang baru faham knapa isteri 1st tgl kat Brunei n Ibnor riza kat Malaysia. Dah lama jadi pertanyaan knapa x tinggal serumah ngan isteri n anak dia
Oh 2 bini rupanya..
Isteri-isteri yang sepatutnya dicontohi oleh orang seperti Puteri Sarah. Tapi malang, ego besar menguasai dia. Serta hasutan iblis dan syaitan berupa manusia di medsos. Amat malang bagi Puteri Sarah, yang akan menyesal di hari depan.
Ibnor riza kene igt, tggjwb seorg suami. Mmg isteri berebut2 nak jaga, tu pahala buat mereka. Tp amanah you dlm menanggung dan menafkahi isteri mcm mana? Isteri duduk di Brunei, siapa tanggung zahir batin dia? You ada tak melaksanakan kewajipan you sebagai suami? Atau pun bg you, kewajipan si isteri je perlu dilaksanakan. Kewajipan suami tolak tepi. Siapa bimbing isteri you, bg pelajaran agama, belai jiwa dia, rawat kesunyian dia, bermanja dengan dia, dgr keluh kesah dia, lindungi dia bila dia takut?? Pastinya bukan you kan? You hanya nampak isteri perlu berkhidmat utk you. Hurmm.. betul ke konsep keluarga yg you amalkan ni? Ikut ajaran agama mana?
sek bakyah….kau banyak songeh eh. kenapa tak tulis sol akan menyesal di hari depan. kenapa sarah lak. yg curang bukan sarah. dier rugi apa. move on suah.
Wah, seronok betul Ibnor Riza ni! Tentu syukur ada isteri-isteri macam ni. Ramai yang mahu begini.
Ali puteh dh bayar dayah belum? Kata nk bayar sblm raya