fbpx

Hiburan: Paling Popular Sepanjang Tahun 2012 Menurut Google Zeitgeist

Dan, senarai paling di'tunggu telah pun keluar. Google Zeitgeist untuk mereka yang baru tahu ialah satu senarai yang di'keluarkan Google untuk kata carian paling popular sepanjang tahun — dan untuk tahun 2012, inilah dia mereka yang membentuk landskap dunia hiburan tempatan.

Untuk lagu paling kerap di'cari di Google sepanjang 2012, Gangnam Style oleh PSY menduduki tangga pertama manakala Anak Kampung ciptaan Jimmy Palikat mengekori rapat di tangga kedua. Najwa Latif mempunyai tiga buah lagu dalam senarai ini — Untuk Dia, Cinta Muka Buku & Kosong.

Bergerak ke rancangan TV paling kerap di'cari, ia telah di'dominasi oleh rancangan untuk kanak kanak dengan Upin & Ipin di'tempat pertama dan Boboiboy di tempat yang kedua. Sinetron Malaysia, Adam & Hawa berada di tempat yang ke-5 & RM1,000,000 Money Drop di tangga kelapan.

getyourextips.com

290″>

Individu dalam dunia hiburan tempatan paling di'cari sepanjang 2012 jatuh kepada Shila Amzah yang berada di tempat ketiga mendahului arwah Izwan Pilus & juga Ustaz Azhar Idrus yang berada di'tempat keempat dan keenam masing masing. Ustaz Azhar Idrus kira 'kan? Heh.

Untuk kategori kata kunci yang trending sepanjang tahun 2012 di Google, blog hiburan yang sedang anda baca ini berada di tangga ketujuh, kami sedikit popular berbanding drama bersiri Adam & Hawa — juga pastinya Gangnam Style yang berjaya menduduki tempat kedua. Oh kami ada sedikit bangga.

Sayangnya, kategori filem tidak ada dalam senarai Google Zeitgeist 2012 dan harapnya tahun hadapan lebih banyak kategori untuk dunia hiburan boleh masuk senarai. Anda boleh membaca senarai penuh di google.com/zeitgeist. Siapakah pula akan mencorak dunia hiburan kita untuk tahun 2013?

zp8497586rq