fbpx

Hiburan Buat Orang Kedah, Jangan Lupa Terjah Aman Central Nanti!

Sedar tak sedar, kini tiba giliran orang Kedah pula merasai kekecohan Karisma Jelajah Suria yang bakal dihiburkan dengan gelagat-gelagat penyampai radio Suria FM.

Karisma Jelajah Suria buat kali terakhir pada tahun ini bakal mendarat di Aman Central, Alor Setar pada 28 September bersamaan hari Sabtu. Jadi kepada orang Kedah yang bosan asyik duduk di rumah tu, boleh angkut satu keluarga pergi Karisma Jelajah Suria untuk berhibur.

Bukan sahaja anda bakal dihiburkan dengan penyampai Suria FM seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin. Anda juga akan disajikan dengan persembahan hebat oleh selebriti terkenal tanah air.

Antara selebiriti yang terlibat adalah Akim & The Majistret, Ella, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Naim Daniel, Gmie Screen, Usop, Amir Masdi, Muna Shahirah, Tuah Adzmie, Zack Zakwan dan Ariff Sany. Kali tu, pasti kecoh satu mall dengan suara jeritan anda bila lihat penyanyi kegemaraan anda membuat persembahan.

Bukan itu sahaja, khas untuk pendengar setia Suria yang berada di Kedah, program ini akan bermula pada jam 12 tengahari disebabkan banyak aktiviti menarik yang akan diadakan. Memang ini lain dari lain. Jadi orang Kedah jangan lupa datang awal untuk dapatkan tempat parking dan tempat yang paling hadapan semasa persembahan berlangsung.

Lebih menarik lagi, anda juga bakal memenangi barangan eksklusif Suria FM dan wang tunai menerusi pertandingan KiraOke Suria.

Bagi yang tidak masuk pertandingan KiraOke tu, ada juga hadiah untuk anda. Di mana, anda berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif Suria seperti t-shirt, payung dan topi dengan harga promosi hanya di booth Kedai Suria. Menarik kan? Pergi berhibur boleh juga dapat cenderahati!

Hadiah yang bakal ditawarkan ini tidak hanya semata-mata kepada pengunjung yang hadir sahaja. Bagi pendengar di radio pun anda juga berpeluang menangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM50,000.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu meneka nama lagu dan penyanyi menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 30 September hingga 18 Oktober 2019.

Karisma Jelajah Suria di Aman Central, Alor Setar ini juga akan menawarkan siaran langsung acara tersebut di radio menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia. Jadi kepada anda yang tak dapat hadir, jangan bersedih tonton sahaja live at least boleh juga merasai kekecohan Karisma Jelajah Suria.

Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama kita buat ramai di Aman Central Sabtu ini. Layari laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia untuk ketahui perkembangan semasa Suria FM.