fbpx

Hero Filem Brother Of The Year Jadi Pujaan Di Malaysia

Filem Brother Of The Year yang menjadi bualan ramai mendapat sambutan hebat di kalangan peminat mereka di negara ini.

Keadaan ini jelas terlihat semasa pelakon filem berkenaan menemui peminat di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini.

Ribuan peminat menanti ketibaan hero filem tersebut iaitu Sunny Suwanmethanont yang ternyata memainkan peranan penting dalam filem ini.

Kami sempat menemu bual hero berkenaan semasa sesi Sidang Media Brother Of The Year bagi meminta sedikit penerangan mengenai dirinya yang kini popular di Malaysia.

Tenyata pelakon hebat Thailand ini terkejut apabila dia di sambut baik oleh kalangan peminatnya dan perasaan terujanya itu semakin bercambah semasa dia mengetahui dirinya popular di negara ini.

“Ini kali pertama saya tiba di Malaysia bagi mempromosikan filem lakonan saya ini sebelum ini saya belum pernah datang ke Malaysia dan tidak tahu bagaimana keadaan penerimaannya jika saya ke Malaysia.

“Saya teruja apabila saya dikenali ramai di Malaysia dan saya popular ke di sini?”, soalnya ketika di temui.

Sunny yang ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap mutu lakonan menerusi setiap filem ini ternyata turut mendapat pujian artis jelita, Yaya yang melakonkan watak adik kepada Sunny melalui filem ini.

“Sunny seorang yang sangat sweet dan sentiasa buat orang ketawa ketika berlakon jadi tidak rasa malu jika digandingkan bersamanya.” katanya.

Bercakap mengenai sebalik takbir filem ini, pengarah hebat Vithaya Thongyuyong menyatakan bahawa sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya, apabila pelakon yang dipilih untuk membintangi filem ini merupakan pelakon yang hebat.

“Saya hanya risau sedikit kerana ketiga-tiga mereka merupakan pelakon yang hebat dan seorang yang sangat sibuk saya risau jika mereka tidak dapat untuk mencipta chemistry sesama mereka namun ternyata mereka mampu melakukan dengan baik.” Katanya ketika ditemui.

Sunny, Yaya dan Nichkhun hadir ke Malaysia bagi mempromosikan filem Brother Of The Year yang ternyata menjangkau kutipan filem Bad Genius di Thailand.

Bagaimanapun, ternyata filem Brother Of The Year ini membuat peminat filem ini angau dengan ketampanan yang dimiliki oleh Sunny dan Nichkhun serta kejelitaan yang terpancar di wajah Yaya ketika mengalas watak perempuan hebat menerusi filem ini.