fbpx

Hentikan Pembohongan! Ketahui Kesannya Di Sini…

Pernah terfikir tak, dulu-dulu masa zaman sebelum datangnya internet, info yang keluar semuanya kerajaan yang kawal. Selagi tak keluar apa-apa berita kat TV tu jangan haraplah nak sampaikan berita tak betul. Bukan apa, takut salah…

Anda ingat lagi tak, kalau dulu, memang menghadap tv jer kalau nak tahu info apa pun. Takpun dengar radio tunggu berita. Tapi lepas datangnya internet, semakin lama maklumat dari media-media utama terutamanya dah tak dihiraukan dan semakin terhakis. Hilang begitu saja. Sedih kan?

Lama kelamaan kita pun dah hilang percaya dekat media utama sedangkan mereka lebih dipercayai berbanding maklumat dalam internet yang kita tak tahu pun sumber tu boleh dipercayai atau tak. Kononnya info tu lebih cepat sampai melalui media sosial walhal maklumat salah! Apo?

Asal keluar jer apa-apa info semuanya anda kongsi dan percaya bulat-bulat. Nak lagi haru, bila ada pulak individu yang sanggup bohong dan tulis cerita palsu semata-mata nak ‘viral’ dan jadi terkenal dengan sekelip mata. Of courselah, dah femes nanti, boleh buat ‘paid review’ lepas tu. Barulah duit berkepok! Oops!


Betul Ke Media Sosial Senang Sebar Berita Palsu?

Meh sini teman nak kabo, media sosial sememangnya tempat yang mudah untuk anda sebar berita palsu, tulis kata-kata hinaan, kutuk orang sana sini.

Buka Facebook, tekan ‘create post’, dan apa lagi, berjela-jela lah posting kat situ nanti. Pastu ada pula jenis individu yang suka komen. Asal ada posting dari mana-mana ‘channel’ jer, dialah orang pertama yang ‘sampai’ dulu berbanding orang lain.

Kononnya suarakan pendapat tapi hasil tulisan tu mengundang kemarahan orang jer. Sekejap sokong, sekejap condemn. Itu tak kena ini tak kena, dah mula jadi isu pulak kat situ. Haish, macam-macam!

Inilah antara gangguan yang berlaku. Ramai yang lupa, media sosial juga boleh membawa seribu satu kemudaratan kepada anda. Sebabnya media sosial ni mudah digunakan dan tersangat luas penggunaannya. Anda senang-senang je boleh post dan kongsi perkara salah tanpa rasa bersalah pun.

Ingat! Anda perlu tahu had dan hak bila nak bersuara yer.

Nak Bersuara Boleh, Tapi Jangan Bohong!

Anda kena tahu, walaupun anda ada kebebasan bersuara tapi anda tidak boleh sewenang-wenangnya berbohong dan sengaja menyebarkan berita yang tidak sahih.

Jari jemari tu jangan terlalu ringan sangat nak sebarkan, kongsi dan taip berita palsu. Negara kita ada undang-undang. Tak mustahil dengan sikap tak bertanggungjawab anda ni, boleh meringkuk dalam penjara. Kami tak cakap bohong tau. Dah ada beberapa individu yang ditangkap disebabkan penyebaran berita palsu.


Anda kena ubah sikap tidak bertanggungjawab dan wujudkan budaya yang lebih positif. Bukan sesuka hati jer nak forward info yang belum pasti lagi kesahihannya itu. Kalau ada rakan-rakan yang berperangai macam ni, nasihat mereka. Jangan anda pulak join sekaki!

Fikir dengan matang, nilai dulu maklumat yang nak disampaikan itu. Jadi rakyat dan individu yang tahu mana baik dan buruk. Ingat! Kebebasan bersuara bukanlah suatu ‘lesen’ untuk disalahgunakan, tapi ia adalah tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kesannya Bila Disalahguna Hak Kebebasan Bersuara & Berbohong?

Okay mungkin ramai yang tak tahu kesan daripada berbohong. Akan ada yang anggap perkara ni tak serius. Alah, setakat bohong sikit-sikit dan share benda palsu jer pun. Apa da hal kan?

Nope! Jangan sesekali fikir macam tu. Anda baca antara kesannya kat bawah ni okay. Mungkin selepas ni anda akan jadi lebih bertanggungjawab dan ‘alert’ sebelum nak posting di media sosial atau pun nak share sesuatu info.

1. Perbalahan Antara Satu Sama Lain

Anda perasan tak, disebabkan kebebasan bersuara yang tidak rasional dan kelam kabut pun boleh sebabkan bergaduh. Bila dah tak puas hati dengan info yang salah, mula lah jadi punca.

Lagi tambah serius, bila ada pulak individu yang menokok tambah dan berbohong dengan info yang disampaikan itu. Sekarang ni pula, kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat tu memang banyak. Malah semakin diraikan! Dah macam buat ‘party’! Dan sebab inilah adanya pembohongan dan penularan berita palsu. Sangat tidak patut!

Bukan itu saja, ada jugak yang suka menggunakan perkataan berbaur lucah dan tidak sopan sehinggakan berperang komen di media sosial. ‘Kau salahkan aku, aku salahkan kau’. Sampai bila nak habis komen tu? Dah berpanjangan…Semua jadi serba tak kena. Aiyo.

2. Pertumbuhan Ekonomi Negara Pun Terjejas


Mungkin anda rasa anda sebagai rakyat tak ada kena mengena dengan negara. “Ahh! Lantaklah ekonomi negara ka apa kan? Janji aku happy!” Haa…Mesti anda fikir macam ni kan?

Jangan! Tak patut tau. Kita harus jaga negara kita. Sebabnya, kesan sebab terlalu bebas dalam bersuara dan berbohong dengan sesebuah info ini boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi negara kita.

Bayangkan dari info yang salah, mungkin pelancong asing berasa negara kita tidak selamat. Lepastu mereka pun tak datang Malaysia. Sumber ekonomi negara mulalah tergugat.

Dekat sini sangat jelas yang kalau kita salah guna hak kebebasan bersuara, ia akan mendatangkan kemudaratan dari pelbagai sudut. Jadi, kita sebagai netizen harus berfikir dengan lebih waras dan bertindak bernas sebelum nak menyuarakan sesuatu. Faham tak?

Jadi Individu Bijak!


Jadi, anda perlu bijak dalam menyuarakan pendapat terutamanya dalam media sosial. Yang paling penting, media arus perdana wajib memainkan peranan penting untuk memastikan maklumat sebenar sampai kepada rakyat sebelum bermulanya penularan berita palsu.

Kalau anda nak lebih mudah, anda terus rujuk portal sebenarnya.my yang diwujudkan untuk membantu anda semak dan sahihkan info sebelum sebarkan pada orang lain.

Portal ini bertujuan untuk bagi kemudahan pada orang ramai untuk menyemak serta mendapatkan pengesahan tentang berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini. Lepasni dah tak perlu main teka-teki. Klik ja portal sebenarnya.my itu ya. Semuanya akan terjawab.

Last but not least, ingat anda bebas bersuara tapi perlu berhemah dan jangan berbohong!