fbpx

“Henti Beri Publisiti, Kak Long 7E Tak Layak Muncul Di Stesen TV”

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila stesen TV Al Hijrah dikecam teruk selepas menjemput Kak Long 7E sebagai tetamu untuk program Trending.

Perkara itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang netizen, malah pelakon dan pengacara, Awal Ashaari juga turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

BACA: Gantikan Awal Ashaari & Janna, Nabila Huda Pengacara Baru Melodi

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Awal berkata tindakan menjemput ke stesen televisyen membuka jalan untuk individu itu meraih publisiti.

“Setiap detik masa siaran yang anda berikan kepada orang seperti ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti.

“Jerit jerit, keji, kutuk, mengamuk macam orang gila. Merendahkan orang dalam media sosial alih-alih dapat jemputan masuk televisyen,” tulisnya.

Dalam pada itu, Awal tidak dapat membayangkan selepas ini video viral apa pula yang akan muncul demi untuk dijemput ke rancangan televisyen.

Awal turut menyeru supaya berhenti buatkan orang seperti ini menjadi terkenal dan tempat mereka hanya di aplikasi TikTok.

“Bayangkan ‘sick video’ bagaimana yang akan muncul selepas ini semata-mata untuk dijemput ke rancangan TV, lepas tu jadi instafamous.

“Berhenti buat orang seperti ini terkenal. Mereka tidak layak bercerita di nasional televisyen. TikTok adalah tempat di mana dia patut berada,” tulisnya.