fbpx

Henti Bantuan PPE, Atu & Isteri Kumpul Dana Urus Jenazah Keluarga Susah

Sering menerima pertanyaan mengenai bantuan, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari berkata mereka terpaksa hentikan sumbangan kerana wang simpanan yang semakin susut.

Katanya lagi, wang simpanan mereka digunakan untuk perbelanjaan keluarga memandangkan suaminya sudah dua bulan tidak bekerja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Akaun Atu Zero Tinggal RM50

“Sebelum ini kami gunakan simpanan peribadi kami untuk projek PPE dengan harapan virus akan memulih secepat mungkin. Jadi bila sekarang nak teruskan bantuan lagi kali ni dah tak ada duit lebih.

“Simpnan yang ada hanya cukup untuk kami sekeluarga sahaja. Sekarang fikir nak survive dikala PKP, Atu pun job tak boleh nak buat, shooting pun masih tak dibenarkan,” katanya.

Umum mengetahui, sebelum ini Atu dan isteri aktif menghulurkan bantuan menyediakan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

Meskipun bantuan PPE dihentikan, namun Atu dan isteri kini mengumpul dana untuk membantu keluarga susah yang tidak mampu menguruskan jenazah.

“Sementara tunggu Atu dapat kerja, sambil-sambil kami bagi bantuan uruskan jenazah untuk masyarakat di Kudat, Sabah.

Kami usaha mengumpul dana membeli kit jenazah seperti kain kapan dan sebagainya. Maklumlah, kat sana bukan semua ada kad pengenalan yang boleh tuntut bantuan dari kerajaan,” katanya.