Hefny Sahad Belum Bersedia Bawa Nad Zainal Jumpa Keluarga
Percintaan pasangan ini mendapat perhatian ramai peminat dunia hiburan sebelum ini apabila ia dikatakan dibina atas kesengsaraan orang lain, atau lebih spesifik bekas kekasih Nad Zainal yang pelakon itu tinggalkan begitu sahaja. Amboi ayat.
BACA: Azwan Kombos Doakan Yang Terbaik Buat Nad Zainal & Pasangan
Dalam perkembangan terbaru, Hefny Sahad mengakui yang beliau belum bersedia untuk bawa kekasihnya itu untuk berjumpa keluarga dan ibunya yang kini sedang menetap di Johor kerana masih menganggap mereka masih dalam proses mengenal hati budi.
“Hubungan kami baik dan masih rapat, cuma jarang berjumpa sebab sibuk dengan kerja. Saya juga telah berjumpa dengan keluarga dia beberapa kali sebelum ini di Ampang tetapi saya masih belum bersedia untuk membawanya berjumpa kedua-dua ibu bapa saya kerana kami masih lagi dalam proses perkenalan,” jelas Hefny Sahad kepada Kosmo! hari ini.
Hefny Sahad turut mengakui yang keluarga beliau pada awalnya tertekan dengan khabar angin tentang hubungan beliau dengan Nad Zainal namun semuanya kembali normal selepas segala persoalan berjaya dijawab satu per satu.
“Saya tidak tetapkan sasaran konkrit untuk menamatkan zaman bujang tetapi saya menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada umur 30 tahun. Namun, masih banyak yang belum saya kecapi. Saya ingin membeli sebuah rumah yang selesa untuk keluarga saya terlebih dahulu di Johor,” tambahnya yang turut berkata Nad Zainal tidak mendesak dalam soal kahwin.
Bak kata orang tua, kalau sudah berkenan jangan tunggu lama lama takut nanti lama lama kami sailang. Eh. (rtky/m)
nad curang erk ?? snang nye dpt pengganti ..klu laki tu seyes msti xde ‘execuse’ .. hurmm we wait n see la ..
Belum bersedia bawa Nad jumpa kelurga? sebab masih dlm proses perkenalan lg !! Tp u dh jumpa keluarga dia beberapa kali !!! Are u serious with this relation or not ?? Just bimbang jer spesis yg mcm ni .. hehehee
Alasan….weh laki kalau betul nak takkan tunggu lama lah….awal lagi bawak jumpa parents
ala….ko kan ade awek sebelum nie..mne awek ko..??
x kan adenya kekal de kalu mcm tu perangai
Azwan is a really good guy, nad…
hefny ni ntah2 sesuatu….2 alam kot.hahahahhaha…tengok dia lembut semacam jer…huhu.couple dgn nad ni nk cover kot….huhuhu..
Bolos dah betina ni…patutlah pun..