fbpx

“Hebat Tak Bapak Aku?” – Kongsi Rezeki Dengan 2.5%

Seperti yang kita tahu tidak semua bernasib baik dalam hidup, malah kita selalu diingatkan untuk saling membantu dan menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Masyarakat Islam di negara kita turut diseru untuk turut sama membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan menunaikan kewajipan membayar zakat untuk memberi kehidupan yang lebih baik dan bermakna kepada mereka. Tidak rugi beri perhatian kepada orang tidak bernasib baik ini kerana kita boleh dapat ganjaran dunia akhirat, InshaAllah.

“Bapak Saya Hero”

Jadi, Kempen Kongsi Rezeki 2.5% yang berdurasi 1 bulan dari Lembaga Zakat Selangor adalah salah satu usaha untuk mendorong warga Selangor untuk melunaskan zakat harta di hujung tahun.

Kempen ini juga dapat memberikan ganjaran dunia akhirat kepada anda selain boleh membantu ribuan keluarga di luar sana yang memerlukan pertolongan dari kita.

Dah Ada Cara Mudah

Zaman dah moden gais, sekarang ni ada cara mudah untuk anda bayar zakat! Kemudahan aplikasi serta Direct Debit akan membantu warga Selangor untuk kira kadar zakat secara spesifik. Kesempurnaan zakat itu bukan sahaja pada zakat fitrah, tapi juga pada kesempurnaan zakat harta seseorang.

Urusan dalam menunaikan kewajipan membayar zakat itu telah dipermudahkan melalui potongan ‘Auto Debit’ yang telah disediakan.

Medium ini memudahkan penduduk Selangor untuk kekal membayar zakat pendapatan secara istiqamah. Jadi, anda tak perlu lagi risau sekiranya anda terlupa untuk membayar zakat. Mudah kan?

Untuk info anda, Kongsi Rezeki dengan 2.5% ini membawa konsep di mana perkongsian 2.5% anda melalui 10 jenis zakat harta itu memberi impak besar dan banyak perubahan dalam kehidupan rakyat di Selangor.

Bukan itu je, 2.5% perkongsian anda juga akan disalurkan melalui Bantuan seperti makanan, bantuan rumah sewa, pendidikan telah memberi kehidupan baru. Sedarlah bahawa perkongsian anda ini boleh mengubah mereka dari penerima zakat kepada pembayar zakat.

Menang Hadiah Menarik!

Oh ya, sebelum 31 Disember ini, Sijil Simpanan Premium BSN akan menjadi milik anda jika anda bertuah ketika melunaskan zakat melalui medium tersedia ini.

Pembayar zakat di Selangor juga berpeluang memenangi hadiah menarik dari BSN untuk memberi semangat untuk terus membayar zakat. Wah, bayar zakat pun boleh menang hadiah. Nikmat apa lagi kita nak dustakan, ye dak?

Anda kena ingat, keberkatan zakat itu bukan sahaja boleh dirasai dalam penambahan dan kesucian rezeki selepas berkongsi je, tetapi nikmat apabila melihat orang lain bahagia dapat meneruskan hidup atas sedikit perkongsian kita. Mungkin sedikit bagi kita, tapi segalanya bagi mereka! Jangan lupa bayar zakat ye.