fbpx

Hebat Betul EDA Ni Siap Boleh Ubah Memori!

Setiap daripada kita pastinya mempunyai kenangan silam yang tak mudah untuk dilupakan. Lebih parah lagi kalau melibatkan kenangan pahit yang menghantui setiap saat. Lagi-lagi bab kekasih durjana!

Orang boleh cakap move on je lah benda dah lepas, tapi kadang-kadang benda yang kita tak nak ingat tu lah tiba-tiba muncul dalam ingatan kita. Tak ke seksa namanya tu!

Tapi bila ada agensi yang secanggih ni di Malaysia, terasa nak mencuba pula! Sekurang-kurangnya dapat juga hidup tenang dengan memori indah sekarang ni.

Kalau korang nak tahu Electic Dust Agency ni mampu membuatkan korang lupa kisah derita korang seolah-olah benda tersebut tak pernah terjadi dalam hidup.

Jangan tak tahu, ada je orang yang terima rasuah tapi bila disoal siasat selepas beliau menerima perkhidmatan dari EDA ni, terus beliau lupa bagaimana beliau memperoleh duit yang begitu banyak. Ala seperti Dato Jefri dalam klip video ni.

Paling hebat sekali, seorang isteri mampu melupakan tentang kecurangan suaminya. OMG cannot brain! Mana mungkin perkara sebegitu mampu dihapuskan dari ingatan seseorang dengan begitu mudah.

Tapi dengan adanya EDA agency semuanya bagaikan petik jari dan dengan sekelip mata jer mampu melupakan apa yang berlaku.

Tapi nak juga tahu, sejauh mana benda ini boleh diterima oleh otak manusia dan sejauh mana keberkesanannya. Adakah bila menggunakan perkhidmatan EDA ini akan ada kesan sampingan?

Semua ini bakal terjawab dalam drama bersiri Alter-Naratif yang bakal ditayangkan di Viu tak lama lagi.

Bolehkah Memori Seseorang Dipindah?

Mampukan mememori seseorang dipindahkan atau dilupuskan sehingga membuatkan seseorang itu benar-benar lupa apa yang terjadi.

Jika sebelum ini, ada yang katakan minum jer air semut terus hilang memori lama. Persoalannya berkesan ke? Siapa yang dah try tu, cer jawab tengok, berkesan ke tak? hihi

Tapi canggihnya dalam drama bersiri ini dengan hanya menggunakan teknologi EDA yang pertama di Malaysia setiap orang mampu melupakan kenangan pahit mereka menerusi teknologi ini.

Bagi korang yang ada banyak kenangan pahit tu jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai EDA.

Sama-sama kita nantikan Alter-Naratif di Viu dan jangan tak tahu, korang juga boleh saksikan episode pertama di Viu secara percuma yang ditawarkan oleh EDA dalam masa yang sama boleh menontonnya dengan tenang dan melupakan perkara lain.

Persoalan sekarang, adakah korang tahu dan pernah dengar tentang EDA pertama di Malaysia yang boleh membantu mengubah ingatan?