Tahniah diucapkan kepada Hazama yang telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya, Genervie Kam tepat jam 10.30 pagi tadi di sebuah villa di Gombak hari ini. Tidak heboh memperkatakan mengenai majlis pernikahannya, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja.
BACA: Hazama, Genervie Bakal Nikah Bulan Depan
“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja. Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara tersebut.
Pasangan yang bercinta selama hampir lima tahun itu lebih selesa memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan melakukan perkara yang wajib sahaja tanpa mengadakan majlis yang gah seperti selebriti lain. Pada majlis itu juga, Genervie telah menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Apapun lain orang lain caranya, yang penting masing-masing sah disisi agama. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Hazama dan isteri, semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya. (rkty/w)
Kredit Foto: Hlive