Ikatan perkahwinan di antara Hazama dan juga Genervie Kam merupakan lembaran baru dalam kehidupan pasangan ini malah bagi Hazama, dia mengambil pendekatan tidak terlalu memaksa dalam membimbing isterinya yang bergelar mualaf tersebut.
BACA: Hazama Buat Persiapan Kahwin Hanya Seminggu
“Alhamdulillah, kini kami melangkah ke fasa baru dalam kehidupan dan semuanya berjalan lancar. Dia adalah wanita yang baik dan saya juga turut menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbingnya”
“Bila ada sesuatu situasi, lebih mudah untuk saya memberikan contoh dan teladan kepadanya. Kalau sekadar bercakap dan bercerita, mungkin sukar untuk dia faham. Contohnya, apabila berlaku sesuatu situasi, saya akan kaitkan dengan contoh yang berkaitan dengan agama”
“Dia lebih mudah faham dengan cara begitu kerana dia nampak sendiri pengajaran daripada apa yang berlaku,” kata Hazama kepada Harian Metro yang juga menyambut perayaan Tahun Baru Cina sebagai pasangan suami isteri.
Selain itu, berhubung hal berbulan madu, Hazama tidak merasakan bulan madu merupakan perkara yang penting malah baginya asalkan dapat meluangkan masa dengan isterinya di mana mana, ia sudah dianggap sebagai bulan madu. (rtky/s)