Ini sebenarnya satu perkembangan menarik berkaitan penyanyi popular ini. Datuk Hattan mengakui kini merancang untuk berkahwin buat kali ketiga dalam hidup.
Lebih menarik, Hattan kali ini akan menyunting kembali isteri pertama beliau, Arianie Mohd Abidin yang pernah di’kahwini pada 17 Disember 1996 & berpisah pada Mac 2005.
“Kami saling memerlukan & kini berusaha ke arah perkahwinan. Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik,” ujar Hattan.
“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk bina kembali keluarga kami”
Bercakap kepada Harian Metro lagi, Hattan berkata sepanjang tempoh berpisah ini beliau telah membuang semua perkara yang tidak di’senangi Arianie sepanjang perkahwinan mereka.
“Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat & saya tak nak ulang kesilapan”