fbpx

Lama menyepi selepas Instagram miliknya dinyahaktifkan, ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat memuat naik perkongsian terbaru di media sosial miliknya itu.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi entri itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

BACA: Anak Buat Hal Lagi, Akaun IG Ibu Aliff Aziz Lenyap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

“Allah permudah kan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Yg baik itu semua nya dari Allah dan sebalik nya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna. 

“Pada anda yang sentiasa mendu’akan kami masyaallah hanya allah yg dapat membalas jasa baik anda sekelian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami,” tulisnya.

Sementara itu, Hafiz turut menulis mengenai ketenangan hati serta memberikan refelksi diri berkenaan jatuh bangun dalam kehidupan.

“Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan. Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekal kan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentu kan.  Kita terus berusaha selebih nya kita bertawakkal pada NYA,” tulisnya.

Semalam, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.