fbpx

Hati Tak Pernah Tenang, Nazrey Dedah Punca Keluar Raihan

Bekas vokalis kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani mendedahkan sepanjang dia bersama kumpulan itu hatinya tidak pernah rasa tenang kerana hidup dalam perhatian ramai.

Menerusi satu temu bual dimuat naik di Instagram, Nazrey berkata dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti.

BACA: Nazrey Tak Terkilan Raihan Tak Jemput Konsert

“Selama saya dengan Raihan, saya tak pernah senang hati. Walaupun pergi ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya fikir tentang kerja,” katanya.

Hampir 16 tahun meninggalkan Raihan, Nazrey berkata dia tidak pernah rasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia.

Mengambil keputusan untuk berhenti dari Raihan yang ketika itu berada di puncak, Nazrey berkata dia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nazrey Johani (@nazrey_johani1971)

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tak mahu populariti itu.

“Hati saya jadi tak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan,” katanya.

Kongsinya lagi, selepas pulang dari kampung, Nazrey menyampaikan hasratnya untuk keluar dari Raihan dan mendedahkan keputsannya itu seakan mengundang kemarahan ahli yang lain.

Katanya lagi, ahli yang lain tidak memujuk serta tidak membantah keputusan Nazrey itu dan akhirnya dia keluar dari Rihan serta melakukan kerja-kerja dakwah di Sabah.

“Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata…Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tapi ingat kena yakin dengan rezekiku.

“Ketika saya ingin mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah. Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,” katanya.