fbpx

Jenama Rozel yang selalu meniti di bibir-bibir penggemar perabot ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia.

Walaupun sudah lebih 30 tahun menapak di Malaysia, jenama Rozel tetap menjadi pilihan hati ramai. Mana tidaknya, dengan perabot-perabot berkualiti tinggi, cantik dan harga yang berpatutan ini melengkapkan lagi kecantikan kediaman anda.

Siapa sahaja yang tak terhasut untuk membeli dan mencantikkan rumah sendiri?

Apa yang menarik kali ini, Rozel ada buat tawaran eksklusif untuk anda. Rozel menawarkan harga istimewa perabot seperti Sofa Kulit dan Set Meja Makan berjenama dan mewah dengan harga serendah RM3,990.


Padanla ramai yang tak senang duduk, Rozel buat tawaran tak masuk akal untuk anda yang nak rumah sentiasa dilengkapi dengan perabot baharu yang cantik dan letops ini.

Sofa Yang Bergaya & Elegan

Sofa bergaya dan elegan ini pasti buatkan anda jatuh cinta pandang pertama. Kena sangat dengan trend semasa kepada anda yang ingin menambah gaya serta hidup mewah di samping dapat menjimatkan ruang rumah anda. Kalau 10 perabot pun tak menjadi masalah!

Sofa kulit 2+3 tempat duduk serendah RM4,990 sahaja! Gila berbaloi kan? Dengan kualiti yang ditampilkan ini sangat sinonim dengan imej jenama Rozel yang menjadi peneraju gaya hidup dan memenuhi keperluan kehidupan moden kini.

Kena pula dengan musim sekarang di mana ramai yang bekerja dari rumah, jadi anda perlu untuk menyediakan persekitaran kerja yang sesuai.

Bila dah letih bekerja seharian, dapat juga merehatkan diri di atas sofa yang selesa dan empuk. Barulah boleh claimed, ‘pejabat rumah’ kali ini lebih fleksibel. Agituh!

Set Meja Makan Ni Pun Cantik

Eh, takkan tukar sofa jer? Apa kata anda usha pula set meja makan dari Rozel ini. Meja makan juga penting untuk bonding time bersama keluarga anda.

Nak pilih set meja makan pun memerlukan konsep atau tema yang sesuai. Anda perlu pastikan set meja makan anda kena dengan tema yang telah ditetapkan untuk ruangan makan anda yer.

Kami pasti dengan tawaran harga serendah RM3,990 ini dapat memberikan anda keselesaan dan ketahanan yang anda sendiri pun tak jangka.

Inilah masa untuk anda berkongsi makanan yang lazat dan gelak ketawa dengan keluarga dan kawan-kawan!

Cuci Mata Secara Virtual Jer

Kepada anda yang tak sabar untuk menghias rumah dengan perabot, anda boleh memasuki bilik pameran secara virtual dahulu sebelum melangkah ke bilik pameran sebenar.

Anda hanya perlukan telefon pintar, tablet ataupun di komputer riba untuk melihat setiap perabot yang anda suka tu. Setiap sudut di bilik pameran boleh dilihat dengan mudah jer. Up-to-date sangat!

Sambil-sambil anda mencuci mata melihat koleksi perabot yang cantik itu, anda juga boleh mengambil masa selama mana yang anda mahu sebelum membuat keputusan yang tepat semasa berada di bilik pameran secara virtual.

Pengalaman 360 darjah! Hanya dengan hujung jari sahaja. Jadi tak perlu lagi bersesak-sesak di samping dapat mengelak berada berada kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Tunggu Apa Lagi?

Semua produk Rozel direka dan diwujudkan untuk memberi pelanggan keselesaan dan keanggunan. Jadi, jangan tunggu lama-lama kerana tawaran ini bermula SEKARANG!

Berita baik untuk anda! Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara ansuran, Rozel ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan. Fuh! Betul nikmat nih.

Untuk info lanjut anda boleh lawati Rozel di Facebook, Instagram dan juga di Lokasi Pameran Rozel ini.

#RozelMY #contemporary #fusion #tailored #opulent #sculpted #architectural #traditional #luxurious #timeless #classic #essential #elegant #rozel #sofa #furniture #leather #livingroom