fbpx

“Hati Saya Pedih Tengok Orang Kutuk Dia” – Ibu Janna Nick

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH34, sudah pasti ianya kejayaan yang membanggakan buat keluarga pelakon dan pengacara Janna Nick.

Melihat sendiri perjalanan anaknya sepanjang 10 tahun dalam industri seni, ibu Janna iaitu Shahzani berkata anaknya itu seorang yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.

BACA: “Saya Bukan Malaysian Sweetheart, Artis Yang Banyak Buat Hal, Saya Tahu”

Namun sebagai ibu, hatinya tergores apabila melihat komen jahat ditulis netizen terhadap anaknya sehingga membuat keputusan untuk tidak membuka media sosial.

“10 tahun dia bekerja keras, apa yang saya nampak dia anak bertanggungjawab, berusaha untuk bahagiakan keluarga, memang Allah luaskan rezeki dia.

“Walaupun selama ini ramai orang kecam dia, saya tak boleh tengok media sosial sangat sebab hati saya memang pedih kalau tengok orang kutuk dia tapi saya kenal dia macam mana.

“Nampak dia keras tapi hati dia lembut, saya memang tak boleh ank tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan,” katanya.

Berkongsi luahan hati menerusi video dikongsikan di YouTube Janna Nick, ibu pelakon itu dilihat sebak sehingga menitiskan air mata.

Dalam pada itu, Shahzani berkata dia tidak berhenti mendoakan agar urusan anaknya dipermudahkan serta diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.