Baru-baru ini Mamat Sepah dikecam netizen susulannya menimbulkan rasa kurang senang apabila mencelah ketika tetamu sedang bercakap di Dol’s podcast. Malah, Ustaz Syamsul Debat yang dijemput sebagai tetamu turut menegur tindakan Mamat itu.
Bagaimanapun, pelawak Amir Raja Lawak menitipkan kata-kata semangat buat Mamat susulan isu berkenaan dengan menghantar kiriman mesej.
BACA: Menyampuk Tak Kena Tempat, Syamsul Debat ‘Sound’ Mamat
Dalam mesej berkenaan, Amir menitipkan pesanan supaya Mamat lebih berhati-hati selepas ini apatah lagi ramai diluar sana yang menunggu untuk kita melakukan kesilapan.
“Hati-hati Mamat selepas ini, jangan laju nakmencelah. Aku tahu kau dah ambil ini sebagai pengajaran, tapi aku tetap nak bagitahu juga.
“Tiada orang yang akan rebut tempat kau dekat Dol Podcast itu, kau tak bercakap masa recording pun, tetap itu tempat kau.
“Kau ada ilmu bercakap tu dari dekat radio dan tempat-tempat lain, homework pasal tetamu pun kau buat. Polish sikit je lagi Mat. Tenang-tenang rilek, Orang tunggu kita buat silap je Mat, sentiasa kena beringat, jangan terlalu selesa,” katanya.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, Amir turut meminta orang ramai supaya berhenti mengecam Mamat dan tidak menulis sesuka hati kerana sebaiknya kita bermuhasabah diri.
“Dah-dah la tu, makin menambah ruang orang mengata je. Kadang gitu la Allah nak kejutkan hambaNya, kita sediri pun tanpa kita sedar tengah tuggu turn je tu untuk Allah kejutkan dari keselesaan
“Mamat ni beruntung time dia kena, dia dapat hadap lagi. Time korang yang mengata tu kena nanti, adakah korang dapat hadap?
“Jadi jangan la sedap sangat menulis di ruangan komen tu, sebab roda sentiasa berputar. Ada masa orang lain kena, ada masa diri sediri kena dah sedia? Muhasabah diri, tepuk dada tanya iman,” tulisnya.