Hasnul Rahmat Padam Gambar Kontroversi, Masih Tahu Batas Agama
Menerusi penjelasan kepada Berita Harian, pelakon Hasnul Rahmat memberitahu bahawa dia masih mengetahui batas-batas agama selain terkilan dengan laporan media. Kata Hasnul, gambar yang dikongsikan di Instagram tersebut dilakukan secara spontan.
BACA: Pegang Anjing & Patung Jesus, Agama Hasnul Rahmat Jadi Pertikaian
“Semuanya bermula dengan blog yang memanaskan isu gambar itu. Sebenarnya ia sekadar patung di salah sebuah kafe milik rakan saya di Singapura. Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam”
“Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa. Saya tidak mahu orang ramai terus membuat dosa ‘kering’ dengan menghamburkan cacian di dalam laman sosial Instagram,” katanya lagi yang kini sudah memadam gambar berkenaan di laman perkongsian gambar itu.
Selain itu, Hasnul juga turut menolak dakwaan bahawa perkara berkenaan dilakukan kerana ingin mempromosikan filem lakonan terbarunya, CCTV yang bakal ditayangkan di pawagam bermula pada 30 Julai ini.
“Tidak terfikir pun mengenai filem baru. Lagipun bukan saya yang keluarkan duit untuk filem itu. Saya hanya berlakon. Jadi tidak perlu untuk saya merancang strategi bagi meraih perhatian untuk ‘menjual’ filem itu,” katanya. (rtky/s)
Mmg la cuma pelakon,kalu box office(mata juling ke atas)kau bole dpt extra money dan pangarah lain berpusu2 cari kau.maklumlah artis suam kukukuk
Kami penduduk felda pening kepala dan mamai setiap hari memikirkan hal 1MDB.kemana duit berbilion itu?harap najib tolong bagi jawapan sebelum saya zam,suami dayus menutup mata.saya takut mati tanpa mendapat jawapan.selami ini saya sembah isteri saya,saya tidak jujur,tidak amanah,memungkiri janji,ambil harta orang,makan duit hasil tak berkat,biarkan anak usung betina semuanya saya tak takut menerima azab.saya cuma takut tak dapat jawapan kemana perginya duit itu.tolonglah saya mamai setiap hari dan pening2 ini bakal memudaratkan kesihatan saya.
Tahu la sgt batas agama,yg kau bikin panas/kontroversi tu..sendiri mengundang fitnah
Kami memerlukan pelakon suam kuku seperti ini untuk melariskan produk kami.jika berminat hubungi toafeq atau sohaimi.bayaran rm2-5 sejam.ahad rm 7 sejam.berminat hubungi 0122367968
Rasi dah soka menabur fetnah dan oib orang dia bakal dioibkan kembali olih yang maha berkuasa apa ponya haramjdah punya bettiina ada laki tapi gela laki orang buduh punya orangg buduh punya anak mati said n bumuh dan bela hantu raya
Korang ni, pegang patung anjing pun jadi isu. Bukan dia mkn babi. Aku pun suka anjing, comel. Tapi sebab haram tak ler aku bela. Zaman nabi pun ada kisah seorang pelacur yg bagi minum anjing yg hampir mati kehausan, akhirnya masuk syurga. Anjing pun binatang. Kalau tersentuh basah, sebagai islam kena samak. Typical malay
Isu 1MDB, belacai Najib dan Rosmah pelakon utama yang wajib bertanggungjawap…..kerana mereka ini nyamok edes paling berbisa di Malaysia…jgn maafkan mereka!!!
subahanallah artis zaman moden .. artis zaman berzaman dulu2 pandai jaga adap tutur bahasa sampai la niiii … tapi skng nie artis sekarang dok ada insta , tweet .. dah macam2 perangai depa buat .. ada ka patot gambaq tu yang dia amik .. pegang anjing bagai … astagharfirullahalazim … nauzubillah ….
biar la die nak hidup!!!
Alhamdullilah,tahu juga akhirnya…
kalau tahu batas agama tak kan buat mcm tu..
dah tahu agama melarang…jgn buat..bila di beri nasihat ..dan..dan kata tahu batas.. masa buat tu tak fikir ke batas..