fbpx

Pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona berkata dia selektif dalam menerima undangan untuk muncul dalam program podcast kerana enggan menjadi bahan tular 

Menerusi satu podcast, Leona berkata ada sesetengah pemilik podcast menjemputnya hanya untuk mengambil kesempatan menularkan program mereka.

BACA: Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Suka Lelaki Gigi Teratur Tak Berterabur

Kata Leona lagi, ada podcast yang seolah mengambil kesempatan tular dan mereka seolah tidak terlalu berminat untuk menemu bualnya.

“Sebab itu saya tak ambil sembarangan podcast sekarang kerana saya rasa penting bagi hos untuk ambil berat mengenai saya dan bukan hanya ‘oh, dia akan buat podcast ini tular’.

“Yang ini saya tak akan sebut siapa, tetapi, seperti, nampaknya mereka jemput saya hanya untuk buat podcast mereka tular. Dan saya rasa, adakah ini benar-benar perlu?

“Kerana saya tak suka bercakap mengenai perkara yang sama berulang kali dan orang yang benar-benar, seperti menonton media berbentuk panjang ini, mereka perhatikan apa yang anda katakan,” katanya.

Sementara itu, anak kepada Azhar Sulaiman itu turut mencadangkan agar pembikin media baharu untuk menghasilkan kandungan berkualiti tanpa melakukan perkara bodoh demi untuk tular.

“Saya rasa satu perkara yang perlu berubah dalam industri media Malaysia ialah menghasilkan kandungan berkualiti, tak perlu buat benda bodoh untuk tular.

“Ini kerana orang sebenarnya menghargai kandungan berkualiti kerana podcast saya yang paling tular adalah bersama dua kawan. Mereka tidak terkenal tapi video kami mencecah hampir 200,000 tontonan secara organik,” katanya.

SUMBER: HibGlam