Hasil Jual Jeruk Mangga, Aliff Syukri Beli Jet Peribadi

Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri mendakwa akhirnya berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluhnya menjual jeruk mangga bersama anak sulung, Ammar Ahyan. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memuat naik video dia dilhat teruja bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.

BACA: Isteri Hadiahkan Aliff Syukri Kereta, Netizen Dedah Plat ‘ADH1’ Cecah RM348,000

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.

Dalam video berkenaan turut menunjukkan Aliff bersama anaknya itu melakukan lawatan ringkas di dalam pesawat tersebut sambil 

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” katanya.

Berdasarkan hasil carian, model pesawat Cessna 172 antara model paling laris dianggarkan sekitar RM1.6 juta. 

×