Bertuahnya Datuk Seri Aliff Syukri apabila menerima hadiah kereta mewah jenis Toyota Alphard daripada isteri tercinta, Datin Seri Shahida selepas mereka bekerja keras mencari rezeki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memuat naik video memaparkan sebuah lori menghantar kereta mewah berwarna hitam di kediamannya.

BACA: Nabil Ahmad Kagum Cara Didikan Aliff Syukri & Isteri, Puji Ammar Ahyan 

@papalarisofficial

setelah bekerja keras siang malam pagi petang akhirnya saya dihadiahkan oleh. wife sy @Nur Shahida Mohd Rashid kete baru.. paling istimewa adalah nombor plat kereta saya terima kasih sayang????

? Whistling Fun Happy Celebration Relax(911736) – SAKUMAMATATA

Namun apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah nombor plat ‘ADH1’ pada kereta berkenaan yang membawa maksud ‘Aliff D’Herbs Nombor 1’,

Pada video berkenaan, Aliff berkata nombor plat berkenaan dibeli dengan harga RM10,000. Namun, diruangan komen ada netizen mededahkan harga nombor pendaftaran itu bernilai mencecah RM328,000.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan harga nombor plat berkenaan boleh membeli sebuah lagi kereta. 

×