fbpx

Hasil Jual Cempedak & Sabun, Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire

Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.

Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.

BACA: Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Suami Atas Jalan

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Turut kelihatan, sebuah kereta Vellfire dibelakangnya sekaligus membuatkan pengikutnya bertanya kepada Hidayah adakah dia membeli kenderaan tersebut selepas kereta arwah suaminya dijual.

Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.

Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Terdahulu, perkongsian Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya. Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.