Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya, Noormala selamat melahirkan anak kesembilan secara normal di sebuah pusat perubatan pagi semalam.
Memetik mStar Online, Harry yang mesra disapa Apak ituberkata meskipun ini adalah anak kesembilan mereka namun dia mengalirkan air mata ketika menemani isteri tercinta di dewan bersalin,
BACA: Harry Khalifah Tak Halang Anak Nak Kahwin Awal
“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira. Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan,” katanya.
Sementara itu, Harry berkata dia tidak menolak seandainya diberi rezeki untuk menimang cahaya mata kesepuluh, Malah dia tidak kisah jika ada pihak memandang serong kerana dia mempunyai anak-anak yang ramai.
“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.
“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti,” katanya.
Untuk rekod, Apak dan Noormala mendirikan rumah tangga pada Ogos 2004. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki termasuk penyanyi remaja iaitu Chombi yang popular dengan lagu Sayunk I Love You.