fbpx

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Harris Alif berkata dia mahu menemani isterinya, Intan Ladyana di dewan bersalin.

Katanya lagi, dia akan memberanikan diri menemani isterinya yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka itu pada hujung Februari.

BACA: Intan Ladyana, Harris Alif Sepakat Rahsiakan Jantina Anak, Keluarga Pun Tak Tahu

“Saya okey nak teman dan melihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri. Tetapi tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” katanya.

Bakal bergelar bapa di usia muda, Harris berkata dia mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan secara atas talian.

“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaik mungkin. Cari sahaja di Internet. Banyak ilmu manfaat yang boleh dipelajari. Jadi tak perlu saya hadiri kelas untuk belajar ilmu menjadi seorang bapa.

“Selain itu ibu bapa saya juga sering beri nasihat apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” katanya.

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kehamilan Intan apabila peminat ternampak baby bump pelakon itu.