Selamat menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu dan hampir sebulan lebih berpantang, akhirnya Elfira Loy berkongsikan wajah anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf buat pertama kalinya kepada umum.

Jika anda mengikuti perkembangan Elfira, sepanjang tempoh berpantang Elfira ada berkongsikan fotonya bersama anaknya namun tidak mendedahkan wajah penuh Rayyan.


BACA: Elfira Loy Akui Masih Tersasul Bahasakan Diri Kakak

Perkongsian Elfira itu ternyata membuatkan rata-rata pengikutnya teruja serta memuji kecomelan putera kesayangannya itu. Malah ramai yang mengatakan wajah Rayyan saling tidak tumpah seperti bapanya, Faris Khairol Anuar.

Memang comel sangat Rayyan. Semoga Rayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Diharap dengan kehadiran cahaya mata ini dapat memberi lebih kebahagiaan dalam rumah tangga.