fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.561)

VIDEO HARI INI: Amaran awal, video ini tidaklah sesuai ditonton oleh anak anak anda semua kerana bahasa yang digunakan tetapi boleh padam audio untuk lihat cara cheeseburger paling epik dalam pembikinan. Yummmy!

Kembalinya Angelina Jolie ke layar perak selepas hampir empat tahun senyap nampaknya membuahkan hasil apabila filem terbarunya, Maleficent berjaya membawa pulang kutipan tiket sebanyak US$70 juta dalam tayangan hujung minggu lalu. – Forbes

Pelakon Iqram Dinzly menafikan yang beliau sengaja meminta rakannya Soo Wincci untuk memberikan kenyataan mempertahankan dirinya berkaitan isu tuduhan gay yang dihadapinya baru baru ini. Ya, ya kami faham perasaan anda. Heh. – Murai

Kediaman penyanyi Miley Cyrus telah dipecah masuk ketika penyanyi itu berada di luar negara menyebabkan beliau kerugian barangan kemas dan sebuah kereta mewah jenama Maserati yang turut dilarikan pencuri dalma kejadian itu. – TMZ

Lima tahun selepas video beliau membuat jenaka berbaur perkauman, Justin Bieber akhirnya tampil dengan kenyataan meminta maaf kepada semua akan tindakan kurang matang beliau itu dan menyalahkan usianya yang muda. Okay kami maafkan. – CNN

Walaupun mereka telah mengumumkan perpisahan pada Mac tahun ini, nampaknya Gwyneth Paltrow masih memerlukan Chris Martin disisinya menurut sumber terdekat dan pasangan ini akan kerap berjumpa jika ada kelapangan. – The Malay mail