fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.544)

VIDEO HARI INI: Melihat kepada reaksi lelaki ini yang telah menggunakan peranti Oculus Rift membuatkan kami tidak sabar untuk mencuba apabila ianya tiba di pasaran kelak. Skip terus ke minit 1:20 untuk efek sebenar. Heh.

Penyanyi Radhi (OAG) tidak pernah menyangka perkahwinan keduanya yang dibina dengan Nur Shahira Ayu Zahiri benar-benar bermakna kerana kehidupannya kini lebih terurus lebih lebih perkara berkaitan aktiviti seharian. – mStar Online

Pelakon yang terkenal dengan sikap enggan berkahwin, George Clooney dikhabarkan telah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga bergelar peguam, Amal Alamuddin selepas wanita itu dilihat memakai cincin mewah baru baru ini. – LA Times

Menjadi berita paling diberi perhatian di Hollywood ketika ini, ini lima fakta tentang wanita bernama Amal Alamuddin yang berjaya membuka hati George Clooney untuk kembali mencuba alam perkahwinan tidak lama lagi. – People

Memulakan karier seni beliau di Disney, Justin Timberlake kini akan kembali untuk bekerjasama dengan jenama besar hiburan itu selepas 20 tahun apabila beliau dijadualkan bakal membuat persembahan khas di 2014 Radio Disney Music Awards. – Just Jared

Sebuah media di Korea, MBN TV baru baru ini telah mengeluarkan satu senarai ranking kumpulan pop wanita Korea yang dipanggil generasi kedua dan Girls’ Generation (SNSD) yang muncul buat pertama kali pada tahun 2007 masih mengungguli jumlah peminat. – Soompi