Pelawak dan penyampai radio, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah belum ada perancangan untuk menimang cahaya mata selepas empat bulan berkahwin.
Memetik Kosmo, Watie berkata meskipun anak-anak tirinya meminta adik baru namun dia bimbang jika mereka cemburu andai dia memiliki anak sendiri suatu hari nanti.
BACA: Netizen Tergamak Tuduh Isteri Shuib Mandul
“Kalau tanya tentang anak sendiri, jawapan saya adalah mahu jaga anak-anak sekarang (anak tiri). Kami tidak pernah berbincang mengenai perkara ini.
“Talita pernah minta nak adik baharu. Tapi, apabila saya bersama yang bongsu (Ayash) pun mereka cemburu. Macam mana agaknya kalau saya ada anak sendiri?” katanya.
Sementara itu, Watie berkata dia juga mengakui bimbang dengan perasaan empat anak tiritnya jika dikatakan melebih-lebihkan adik mereka.
“Apabila mereka (anak-anak tiri) minta adik, saya bimbang nanti mereka fikir saya melebih-lebihkan anak sendiri. Jadi, takut nak bagi mereka adik,” Kkatanya.
Dalam pada itu, Shuib mendedahkan anak-anaknya setiap hari meminta agar diberikan adik baru, namun buat masa ini dia dan Watie mahu fokus dengan empat anak mereka terlebih dahulu.
“Hari-hari mereka ‘order’ adik tapi mereka tidur sekatil bersama. Jadi macam mana? Sejujurnya, kami tidak merancang dan tidak pernah berbincang untuk tambah bilangan anak.
“Lebih baik kami fokus dahulu dengan anak-anak yang ada sekarang sehingga mereka lebih matang. Kalau ada rezeki untuk timang cahaya mata lagi, Insya-Allah,” katanya.