fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai biskut dijual oleh isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang dikatakan mahal dijual pada harga mencecah RM179.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuhada menjelaskan produknya itu mempunyai enam jenis biskut dan tiga perisa ‘dipping sauce’ diperbuat daripada bahan berkualiti dan bukan cap ayam.

BACA: “Ibu, Kenapa Abah Pilih Perempuan Jahat?” – Anak Shuhada

Malah, Shuhada berkata sos pencicah biskut tersebut juga menggunakan perisa coklat yang terkenal satu dunia serta setanding dengan yang dihidangkan di hotel lima bintang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Satu Tak Cukup (@shelupshelup)

“Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam. Bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu. 

“Pertama, Shu bagi nama Milky Chocolato yang obviously flavor milk chocolate yang famous satu dunia. Semua pun familiar. 

“Kedua, Bueno Bueno yang filling Kinder Bueno  hazelnut white chocolate tu. Terakhir, Caramel Sauce ala ala dessert kat hotel 5 bintang. Teringat buka puasa kat hotel,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuhada menjelaskan produk dijualnya tersebut bersesuaian dengan harga dan boleh dinikmati oleh sesisi keluarga dimana dalam kotak berkenaan ada enam jenis biskut.

“Untuk yang first tengok Shelup Shelup, jangan cepat melompat. Dalam satu box #ShelupShelup, ada 6 jenis Cookies. bukan 6 ketul ya. Memandai je yang comment tu,” tulisnya.