fbpx

“Harap Tak Kaitkan Saya Lagi Dengan Saharul Ridzwan”

Pengakuan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Mohd Izham Tarmizi Roslan baru-baru ini diharap dapat menjelaskan kepada orang ramai mengenai gosip cinta diantara Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan sebelum ini. Tambahnya lagi, beliau enggan kisah cintanya bersama Saharul terus menjadi bualan orang memandangkan Saharul kini sudah bergelar suami orang.

BACA: Mia Ahmad Akui Sudah Sedia Kahwin Pemain JDT

“Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul. Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Perbezaan umur tiga tahun dengan kekasih hati tidak menghalang Mia untuk meneruskan keputusan memilih lelaki itu sebagai suami kerana sikapnya yang matang dan memahami kerjayanya sebagai pelakon. Malah dengan sikap keterbukaan juga, Izham tidak menghalang dirinya untuk terus bergelar anak seni walaupun selepas mendirikan rumah tangga kelak.

Terdahulu, Mia mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT itu sejak setahun lalu. Turut mengakui telah bertemu keluarga masing-masing, Mia telah mengumumkan bakal berkahwin pada tahun depan. Bagaimanapun, buat masa ini masih tiada tarkih khusus dibincangkan dan ditetapkan untuk majlis tersebut. (rkty/w)