fbpx

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bermasalah

Penyanyi Haqiem Rusli menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan rumah tangganya dengan isteri, Anis Sofea dilanda masalah.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Haqiem berkata meskipun jarang berkongsikan gambar di media sosial namun rumah tangga mereka baik-baik sahaja.

BACA: “Sofea Ada Cakap Nak Pakai Tudung Semula” – Ibu Haqiem Rusli

“Hubungan saya dengan Sofea baik-baik saja, mungkin sebab isu sebelum ini membuatkan kami jarang kongsi gambar bersama di media sosial. 

“Kami ada kehidupan sendiri, tak mungkin setiap hari nak kongsi gambr bersama. Hidup ini bukan semata-mata di media sosial,” katanya.

Sebelum ini spekulasi mengenai rumah tangga Haqiem menjadi bualan apabila Anis memadan semua gambar lama bersama penyanyi itu di Instagram.

Dalam pada itu, Haqiem berkata dia mengambil pendekatan berdiam diri mengenai spekulasi negatif itu selagi ianya tidak melampaui batas.

“Saya dah lalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis. Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami.

“Saya tidak ada masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan. Jika berlaku saya sendiri tidak tahu apa respon saya ketika itu,” katanya.