Ibu kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Nazrah Nordin mengatakan dia antara insan yang paling gembira jika menantunya, Anis Sofea kembali berhijab semula.
Memetik BH Online, mengenai foto Anis yang dikongsikan oleh Haqiem baru-baru ini, Nazrah berkata dia enggan masuk campur dan hanya mengharapkan yang terbaik buat mereka.
BACA: Tak Lagi Dikecam, Isteri Haqiem Rusli Dipuji Cantik Macam Princess
“Saya pun nak tanya Haqiem dari semalam. Nak tanya itu gambar lama atau baru, tetapi baru perasan ada pelitup muka, jadi gambar lamalah.
“Haqiem memang mengharap dan hari-hari berdoa supaya Sofea terbuka hati memakai tudung semula. Saya pun mengharapkan perkara sama. Bila balik rumah saya dan makan-makan, Sofea ada cakap insya-Allah nak pakai tudung semula.
“Saya pula macam tak nak bagi tekanan sama ada pada Haqiem atau Sofea sebab perkara ini sangat peribadi, biarlah mereka atasi sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Nazrah berkata rumah tangga anak menantunya pasti tidak terlepas daripada ujian apatah lagi masih muda namun mereka dalam keadaan baik sahaja.
“Bagi saya, mereka masih muda dalam melayari alam rumahtangga, jadi ada macam-macam dugaan. Mereka sahaja boleh atasi apa jua masalah, tetapi setakat ini, hubungan sebagai suami isteri baik-baik.
“Sebagai menantu dan sejak saya kenal, Sofea tak pernah pun bersikap tak baik, malah sangat menghormati ibu bapa mentua. Begitu juga ibu bapanya, sangat rapat dengan keluarga saya,” katanya.