fbpx

“Hanya Tuhan Saja Boleh Menghukum Kita, Tak Perlu Sebar Aib Orang”

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menegur sikap masyarakat diluar sana agar tidak menyebarkan aib sama ada individu itu selebriti ataupun orang biasa.

Menerusi video dikongsikan di Insta Story, Fathia turut meminta orang ramai tidak melakukan kerja Tuhan dengan menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

BACA: Fathia Latiff Ajak Zahirah MacWilson Berduet Pula

“Saya tidak mahu menyebut nama mana-mana pihak. Tapi tolonglah dengar mesej saya ini. Saya tahu mungkin kedengaran agak klise, tetapi hanya Tuhan sahaja yang boleh menghukum kita. Tak perlulah nak sebarkan aib orang.

“Tak kisahlah sama ada dia artis atau orang biasa. Saya sedih dengar berita ini. Bukan sedih sebab dia melakukan perlakuan itu, namun tak perlu nak sebarkan. Diam-diam sahaja. Media pun tak perlu campur. Faham tak?” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata dia pernah berdepan situasi dimana aibnya disebarkan. Katanya lagi, meskipun masyarakat bebas bersuara namun perlu tahu gunakan kebebasan tersebut.

“Di Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah dengan mengecam atau menghina. Tak perlu nak sebarkan kejahatan orang. Saya bukan nak tunjuk pandai. Walaupun kita bebas bersuara, tetapi kita kena tahu gunakan kebebasan itu.

“Tak boleh sewenang-wenangnya untuk bercakap. Kejadian itu tidak terjadi ke atas diri awak pun, tetapi awak nak sebarkan aib dia pula,” katanya.

Dalam pada itu, Fathia turut mengingatkan kepada mereka yang mempunyai kuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau nak tangkap pun, tengok balik diri kita. Kalau pekerjaan itu memang untuk menangkap orang yang salah, kita tangkap sahaja tanpa menganiaya dia. Jangan salah gunakan kuasa. Salah guna kuasa pun boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk pihak media.

“Namun kalau ada kuasa sekali pun, tak perlu memalukan orang. Tak kasihan ke? Jadi kesimpulannya, tak payah berlebih-lebihan. Buat diam sahaja,” katanya.