fbpx

Hanya Manusia Biasa, Syamsul Yusof Tiada Niat Membelakangkan Keluarga

Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Syamsul Yusof mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Syamsul memaklumkan dia dan Ira bernikah secara sah di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon veteran, Kazar Saidi.

BACA: Syamsul Yusof Sahkan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Sementara itu, Syamsul berkata dia tidak pernah mempunyai niat untuk membelakangkan sesiapa serta mengakui dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

“Saya tak mahu membelakangkan sesiapa juga. Saya tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berbuat sedemikian. Saya bukan manusia sempurna, dan buat kesalahan seperti anda semua,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, dia meluahkan rasa syukur Ira Kazar sudah menjadi isterinya yang sah disisi syarak serta berharap agar keputusan yang dibuatnya itu adalah terbaik.

“Doa yang baik-baik. Alhamdullah, tak kurang juga ada yang menyokong dan memahami tindakan saya ini. Saya cukup tenang dan redha. saya hanya bergantung kepada Allah, Allah yang satu. Ya, saya manusia biasa yang mempunyai dosa dan cacat cela. Saya cuma mahu ketenangan, keredhaan dalam hidup saya,”katanya.

Dalam pada itu, Syamsul sekali lagi menjelaskan bahawa hari ini baru dia sah bernikah dengan Ira Kazar serta menyangkal dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah sebelum ini.

“Ya sebelum saya terlupa, hari ini baru saya sah bernikah dengan Ira Kazar. Jadi sebelum ini, apa yang orang katakan sebelum ini, tak apalah yang dah lepas tu lepaslah,” katanya.