fbpx

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ada berkongsikan video memaparkan pelawak Shuib Sepahtu dan anak-anak melawatnya di Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan kenyataan Vida dalam entri itu mengatakan dia menumpang kasih dengan anak-anak Shuib sedangkan ada anak sendiri.

BACA: Rapat Dengan Anak-Anak, Netizen Harap DSV & Shuib Berjodohan

Memetik mStar Online, Vida berkata dia sudah lama mengenali tiga anak Shuib itu serta sudah menganggap mereka seperti anak sendiri.

“Kasih sayang untuk anak-anak kita tidak boleh nilai dengan angka. Apa lagi mereka yang sudah tiada ibu. Saya sayangkan mereka semua.

“Malah, saya anggap macam anak sendiri dan boleh menyayangi mereka begitu. Mereka rapat dengan saya dan kami telah lama kenal.

“Saya sendiri dapat rasakan sentuhan ikhlas mereka sayangkan saya apabila kami berjumpa. Matin berlari mendapatkan saya ketika sesi perjumpaan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia tidak pernah terfikir untuk menggantikan tempat arwah Siti Sarah serta mendoakan Shuib bertemu jodoh lebih baik.

“Hubungan saya dengan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tak terfikir nak gantikan tempatnya.

“Saya hanya curahkan kasih sayang pada anak-anak mereka dan berdoa semoga Shuib jumpa wanita lebih baik kerana saya tak sesuai untuk dia,” katanya.