fbpx

Anda rasa anda mahir bab gambar? Mahir bab angle? Senang cerita anda seorang yang paling mahir dalam bidang fotografi! Ini adalah peraduan yang harus anda terjah dan sertai untuk bawa pulang hadiah lumayan.

OPPO bakal mengadakan satu pertandingan fotografi yang membolehkan anda untuk tunjuk bakat terpendam anda dengan kecanggihan telefon pintar OPPO Reno.

Dalam peraduan Beyond Your Vision Photography ini bakal mengetengahkan 5 kategori yang membolehkan anda untuk memilih mengikut kategori kemahiran anda.

Antara kategori tema yang bakal diadakan adalah mengenai kisah dunia (Story of the World), kreativiti (Story of Creativity), suasana pada waktu malam (Story of the Night), manusia (Story of People) dan yang terakhir adalah tema mengenai patriotisme (Story of Patriotism). Jangan lupa tekan link ini untuk maklumat peraduan.

Jika anda ingin tahu, telefon pintar OPPO Reno ini mempunyai kecanggihannya yang tersendiri dan yang pastinya akan buat anda jatuh cinta.

Sebagai bukti, lihat sahaja Neelofa dan penyampai berita TV Owen Yap menggunakan OPPO Reno 10x Zoom. Lebih menarik lagi kesemua gambar-gambar ini diambil menggunakan mod wide angle, 10x zoom dan Ultra Night Mode.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan beberapa teknologi antaranya:

1. 10x Zoom Hibrid

10x Zoom Hibrid ini melengkapkan lagi bahagian tri kamera belakang OPPO Reno 10x Zoom ini dengan kuasa Ultra-Wide Angle yang memberi fokus sehingga 15.9mm, Ultra Clear Master + Telephoto.

Sekaligus membolehkan anda zoom sehingga 10x lebih jauh dari jarak sebenar untuk dapatkan gambar dan video yang lebih meletop!

2. 120 wide angle

Dengan kuasa 120 wide angle ini akan menjadikan gambar kegemaran anda lebih cantik, fokus dan luas.

3. Ultra Night Mode



Bagi yang gemar mengambil gambar pada waktu malam, telefon serba canggih ini sangat sesuai untuk anda. Nak tahu kenapa? Kerana ia dilengkapi mod ultra night mode.

Dimana mod ini akan menjadikan gambar anda lebih jelas, tajam, dan fokus meskipun dalam keadaan cahaya yang kurang. Jadi lepas ni gambar OOTD pada waktu malam anda akan lagi terserlah!

Sekarang anda sudah tahu kecanggihan OPPO Reno 10x Zoom ini? Tunggu apa lagi, cepatlah sertai peraduan OPPO ini.

Tetapi pastikan setiap gambar yang diambil mempunyai watermark OPPO. Peraduan ini bakal berlangsung pada 22 Julai sehingga 21 Ogos ini.

Caranya sangat mudah anda hanya perlu ambil gambar mengikut kemahiran anda tapi jangan sampai lari tema pula. Kemudian muat naik di laman Instagram anda dengan caption yang paling menarik serta hastag #BeyondYourVisionwithOPPO #OPPORenoSeries.

Dan jangan lupa pula untuk masukkan sekali hastag kategori yang anda pilih, setiap kategori mempunyai hastag yang berbeza. Antaranya #StoryofTheWorldxOPPOmy (Story of the World), #StoryofCreativityxOPPOmy (Story of Creativity), #StoryofTheNightxOPPOmy (Story of the Night), #StoryofPeoplexOPPOmy (Story of People) dan hastag #StoryofPatriotismxOPPOmy untuk kategori Story of Patriotism.

Ha! Sebelum terlupa caption anda haruslah mempunyai perkataan OPPO Beyond Your Vision barulah mengikut peraturan sebenar peraduan.

Faham tak tu? Jika masih tak faham nah kami bagi untuk anda tengok-tengok hasil yang sepatutnya anda lakukan.

1. Story of The World


Gambar oleh: Leister Soon

Jika anda memilih kategori Story of The World sebagai kategori pilihan anda tunjukan bakat. Anda boleh memilih mod wide angle untuk mengambil gambar dengan lebih luas dan jelas.

Dan jangan lupa kongsikan di Instagram anda dengan hastag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofTheWorldxOPPOmy.

2. Story of Creativity


Gambar oleh: Alex Tan (alextanartworks_official)

Cabarkan tahap kreativiti dalaman anda dengan menggunakan mod zoom hibrida 10x yang disediakan oleh OPPO Reno, untuk memaparkan setiap objek dalam gambar jelas dan menarik seperti gambar di atas.

Gunakan hastag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofCreativityxOPPOmy untuk gambar awesome anda bagi kategori ini.

3. Story of The Night


Gambar oleh: Wg Sam (@wg_sam)

Adakah anda fikir anda boleh menangkap gambar suasana pada waktu malam yang sempurna tanpa banyak bunyi? Gunakan Ultra Night Mode OPPO untuk tangkap lebih banyak gambar waktu malam yang anda mahukan.

Jangan lupa hashtags ini apabila anda muat naik dalam akaun Instagram jika anda memilih kategori ini! #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofTheNightxOPPOmy.

4. Story of People


Gambar oleh: John Phang (@johnphang)

Telefon OPPO memang terkenal dengan mod potret jadi cuba tangkap gambar siapa sahaja menggunakan mod potret dan anda boleh mendapatkan gambar yang hebat.

Mana tahu boleh menang sekali ke, jangan lupa hashtag ni kalau nak post nanti #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPeoplexOPPOmy.

5. Story of Patriotism


Gambar oleh: Grey Chow (@grey1217)

Disebabkan pertandingan ini sehingga bulan kemerdekaan jadi tunjukkan semangat patriotik anda dan gunakan mode dazzle OPPO untuk menangkap apa sahaja gambar yang sesuai dengan tema ini.

Pastikan anda menggunakan hashtags ini #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPatriotismxOPPOmy bagi setiap gambar patriotik anda.

Part paling yang di nanti-nantikan

Setiap peraduan pasti ada hadiah bukan? Okey, kali ini hadiah sangat lumayan di mana setiap ketagori yang dipertandingkan akan mempunyai pemenang.

Sebanyak 5 pemenang akan dipilih dari setiap kategori fotografi, seorang pemenang untuk Hadiah Juri Khas, 10
pemenang untuk Hadiah Cemerlang dan 15 pemenang untuk Hadiah Saguhati.

Pemenang tersebut bakal membawa pulang OPPO Reno FC Barcelona Edition dengan 10x hybrid zoom yang harganya bernilai RM3,999.

Pemenang dalam 5 kategori tersebut akan menerima OPPO Reno FC Barcelona Edition dengan 10x Zoom Hybrid manakala Anugerah Juri Hadiah Khas akan menerima COROS PACE GPS Multi-sport Watch, penerima Hadiah Cemerlang pula akan menerima OPPO O-Free. Hadiah Saguhati adalah berupa Bag OPPOx Barca.

Pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos melalui laman media sosial. Anda juga boleh sertai peraduan ini di mana-mana platfrom seperti Lazada, Shopee, TechNave, Era, Berita Harian, Zing Gadget, Wiser, Oriental Daily dan Sin Chew.

Lebih menarik lagi, setiap platfrom yang anda sertai ini mempunyai hadiah yang berbeza-beza tau. Jadi nak tahu apa hadiahnya tekan sahaja tulis merah tu!

Tapi jangan tak tahu, juri bagi peraduan ini terdiri daripada pihak OPPO sendiri dan 3 orang jurugambar profesional iaitu Grey Chow, Keda Z dan Alex Tan.

Anda juga boleh muat naik sebanyak mana gambar yang anda mahu dan hanya satu gambar sahaja akan dipilih untuk dinilai.

Ha sebelum terlupa akan ada satu pameran OPPOxKLPF (Festival Fotografi Kuala Lumpur) hasil kerjasama festival fotografi bagi mempamerkan gambar-gambar pemenang serta penyampaian hadia yang bakal berlangsung di VivaHome Exhibition .

Di festival ini juga akan dihadiri oleh beberapa jurugambar terkenal bagi memberi tips-tips hebat mengenai yang tersedia di dalam telefon bimbit.

Sebelum itu, Anugerah Terbaik pilihan OPPO juga turut diadakan dimana pemenang tempat pertama akan bersaing dalam pusingan akhir kemudian akan memilih 3 pemenang teratas. Permarkahan ini ditentukan oleh OPPO dan tiga jurugambar profesional.

Antara hadiahnya adalah hadiah pertama bernilai RM3,000, hadiah kedua akan membawa pulang RM2,000 dan tempat ketiga
sebanyak RM1,000.

Jadi apa tunggu lagi, sertai sekarang sebelum terlambat. Jangan lupa save the date okey!

Anda pasti tertanya-tanya kan, apa perbezaan telefon pintar OPPO Reno dengan OPPO Reno 10x Zoom? Nah kami belanja anda perbezaan bagi kedua-dua model ini dan selamat menilai!