fbpx

“Hanya Budak Sekolah Tak Matang Perlekeh Telefon”

Rata-rata rakyat Malaysia yang gembar menghabiskan masa di laman sosial pastinya mengetahui tentang komen – Samsung… Eww – yang dikeluarkan oleh adik Neelofa, Ameera Khan. Sementara itu bagi pelakon Janna Nick, dia mempunyai pendapat sendiri mengenai apa yang terjadi itu.

BACA: “Takkan Masuk Sekolah Antarabangsa Ambil SPM?”

“Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk. Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri”

“Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama,” jelas Janna kepada BH Online.

Jadi, apa pendapat anda pula? Masing-masing membeli barangan keperluan di atas keperluan diri bukan dan dalam masa yang sama mungkin kita juga pernah mengeluarkan kenyataan lebih kurang bunyinya apabila tidak menyukai sesuatu perkara bukan? (rtky/s)