Hantar Zara Zya Sampai Kereta, Netizen Nampak Shuib Ucap ‘Waalaikumsalam Cinta’
Baru-baru ini hangat diperkatakn apabila pelakon Zara Zya memuat naik gambar serta video di TikTok bersama Shuib Sepahtu.
Susulan perkongsian itu, ramai peminat yang teruja dan menyokong serta merestui jika kedua-dua mereka benar-benar bercinta.
BACA: Shuib Dipuji Hulur Bantuan Pada Warga Emas
@zarazyaofficial Sampai ke pintu dia hantar.. @shuibsepahtu #ZaraZyaOfficial
Turut menjadi perhatian komen seorang netizen yang mengatakan seolah nampak Shuib mengucapkan ‘Waailaikumsalam cinta’ selepas menghantar Zara ke kereta.
Memetik mStar Online, Zara meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik serta sentiasa positif. Ujarnya, dia dan Shuib ada kehidupan mereka masing-masing.
“Bila ada video atau gambar dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik.
“Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terasa hati. Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya,” katanya.
Sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan kosmetik, Alha Alfa, Zara mengakui mereka memang rapat namun tidak pernah bercinta.
“Doakan yang baik-baik untuk saya. Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya-Allah kalau ada berita gembira ke apa saya akan kongsi.
“Buat masa ini nak fokus pada diri sendiri, perniagan dan karier seni. Mana tahu kalau tiba-tiba bertemu jodoh terus kahwin,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
geli geliman aku…wek!!!
x nmpk pung
Mmg xde ape2 pun..saje dua2 org ni plan nk buat gempak..netizen mana yg restu tu hahaha..lantak korang la nk bercinta ke berkawin ke..dua2 membosankan
Ok la tu. Tp kne ingat suib ada 4 anak. Jgn bezakan anak2 dia bila beranak nnti..jika benar la ada jodoh.
ZZ takkan kahwin dgn duda yang ada anak 4. ada yang kecik pula.
siapa nak menjaga.
Dia nak kahwin dgn org bujang @ yang kaya tapi single.
shuib vida iqbal alip sukri haris lopa, iqbal alip shuib haris vida lopa, pusing2 org tu jugak, dh xde cerita lain. industri seni ni luas cuba cari berita lain pulak.
Shuib dah duatiga kali kuar dah minggu ni. Alif sukri dah lama tak kuar. Mokcik kelate kembong tu pong dah lama x kuar. Cita beli bangelo dan hadiah keta rekon kat pasangan pong lama dah x kuar. Dah lama tak boring nie.
Aiks! Sebelum ni punya kuat dok meratap. “Cinta paling hebat dalam dunia” selepas isteri meninggal.
Belum cukup setahun, dah nampak GATAL ye HAHAHA!
TAK MINAT DAN BOSAN DENGAN ANDARTU KERTU NI. MENTEL MENGADA. ACAH LAWA ACAH KELAKAR. PERANGAI TAK MATANG.
PATUT LAH TAK LAKU. PERANGAI BUDAK2 TAK PAYAH LAH NAK CUTE2. ORG KALAU DH TAK LAWA MANA DTG CUTE2 TUH.
SEJAK SARAH MENINGGAL BARULAH LEGA FEED IG DGN FB KALAU TAK ADA JE AKSI MENGADA MENUNJUK ROMANTIK DUA ORG NI.
kelakar lah netizen pun. aku nampak waalaikumsalam je. takde pun nampak waalaikumsalam cinta tu. cringe perangai netizen ni. aku jumpa depan2 aku sepak je
sape netizen yg bodo speculate tu? buta ke baca gerak bibir org?
Netizen bodoh mn tu???