Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah pelakon Sharnaaz Ahmad tetap berkawan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Baru-baru ini, tular video dikongsikan netizen memaparkan pelakon itu menghantar anaknya ke lapangan terbang yang mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah.
BACA: Sharnaaz Ahmad Minta Artis Kacau Rumah Tangga Orang Disekat Keluar TV
@seorangnur Muhammad Bilal tenang je tidur. Semoga semuanya dipermudahkan ?? #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca
Meskipun video dikongsikan itu berkenaan anak kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal, namun kelibat Sharnaaz lebih menjadi perhatian. Menerusi video itu, kelihatan Sharnaaz sedang melayan Jebat yang berada dalam baby stroller.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap Sharnaaz yang sentiasa bersama anaknya itu. Malah, ada yang menyifatkan Sharnaaz seorang bapa terbaik buat anaknya itu.
Tidak kurang juga, ada netizen membandingkan sikap Sharnaaz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang sebelum ini dikatakan tidak nampak kelibatnya ketika anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah menunaikan umrah bersama ibu mereka.
Seperti sudah dijangka, ada juga netizen turut bertanyakan mengenai ketiadaan kelibat suami Noor Nabila iaitu Engku Emran di lapangan terbang.