Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini terpaksa ditangguhkan oleh pasangan Hans Isaac dan tunangnya, Gabrielle Robinson apabila bapa Gabrielle tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut.

“Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria”

“Kami mungkin melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh. Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga”

Sementara itu apabila ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan mereka, Hans memberitahu beliau berbelanja agak mewah untuk perkahwinannya itu setelah lama menantikan hari bahagia mereka. Malah katanya lagi, segala perbelanjaan ditanggung sendiri tanpa menerima sebarang tajaan.

“Semua hampir siap dan boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup. Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja,” jelasnya kepada m Star Online.