Masih lagi terpalit dengan cerita mengenai percintaan bersama Neelofa dalam ruangan gosip baru-baru ini, Hans Isaac menegaskan bahawa dia dan juga Neelofa tidak mempunyai sebarang hubungan sejak dikatakan putus cinta tahun lalu.
BACA: Cinta Neelofa & Hans Isaac Kembali Bertaut?
“Tentang Lofa (Neelofa), saya tiada komen tentang itu. Saya mempunyai kehidupan sendiri dan begitu juga dia. Kami menghormati sesama sendiri sebagai rakan artis dan diharap kenyataan ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul,” katanya kepada mStar Online.
Hans memberikan kenyataan tersebut berikutan gosip yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan percintaan Neelofa dan Hans kembali berputik sejak pertemuan di program MeleTOP April lalu.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Hans sempat menjelaskan bahawa perkara yang dikhabarkan itu tidak langsung menjejaskan hubungan bersama wanita pilihan hatinya yang kini masih lagi dirahsiakan identitinya. (rtky/s)